Follower

Tuesday, December 14, 2010

Tisu Basah Antibakteria!! - Perlukah?

Salam semua..

Ini bukan iklan Dettol yer.. Saya nak cerita bahawa ini adalah Anti-Bacterial Wet Wipe yang sentiasa ada di dalam tas tangan saya. Saya akan bawa ke mana-mana sahaja.

Apabila bersama anak-anak ia sangat-sangat berguna. Almaklumlah anak-anak yang sedang membesar dan lasak sering terdedah dengan kekotoran. Dan tidak semua tempat kita akan menemui air dengan segera untuk membersihkan kekotoran terutama ketika dalam kereta.

Tisu basah antibakteria ini juga sangat penting dalam hari-hari saya di tempat kerja. Tugasan saya mewajibkan saya berhadapan dengan insan-insan yang sebahagiannya adalah pembawa penyakit berjangkit. Namun, saya tidak boleh mengelak untuk menemui mereka kerana itu adalah tanggungjawab saya. Jadi, tisu ini sedikit sebanyak adalah sebagai satu usaha perlindungan kepada saya.

Gambarni diambil semalam.. mula berkerja selepas 11 hari tinggalkan pejabat.. habis semua ku tenyeh.. hehe..

Apa pandangan kawan-kawan pula? Adakah tisu ini berguna atau sekadar satu pembaziran?



4 comments:

  1. salam,
    kak sy ada wat GA..mohon akak promote kan kat kawan2 blogger ek
    TQ

    http://puteriqisbalqis96.blogspot.com/2010/12/tukar-produk-penjagaan-kulit-muka-give.html

    ReplyDelete
  2. slm kak zefa...bg ct..dettol anti bakteria wet wipe bukan la satu pembaziran..tu adlh benda wajib yg ct spare dlm beg selepas tisu..dan 1 lg hand softa-man hand sanitizer cutaneous solution pn ok jgk..lebih jimat dr wet wipe..

    ReplyDelete
  3. sy sntiasa bw pencuci tangan je... belum beli lg tisu nye...

    ReplyDelete
  4. sangat-sangat berguna dan memang perlu dipraktikkan. Maklumlah sekaranh ni macam-macam kuman yang pelik dah ditemui.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...