Follower

Thursday, December 9, 2010

Ayer Keroh Melaka Dis 2010 - siri 2

Salam semua..

N3 kali ini adalah sambungan dari Ayer Keroh Melaka Dis 2010 - siri 1. Cerita bersambung selepas anak-anak menamatkan sesi rendam-rendam dalam swiming pool. Naik bilik, mandi-mandi, solat dan sambung jalan-jalan untuk sesi 'Jalan-jalan Cari Makan'. Target makanan apalagi kalau bukan Asam Pedas. Hmm.. nyum nyum nyum..

Kami hanya tahu satu tempat sahaja, itu pun Ayah Long Nabhan yang tunjuk semasa percutian kami ke Melaka pada tahun 2007 (Nabihah baru 4 bulan masatu..). Nama tempatpun kami tak tahu, yang kami tahu berdekatan dengan Pasar Borong. Hasil mengenepikan 'malu bertanya sesat jalan'.. (kami bertanya la tu maknanya..) sampai juga tempat yang dituju..


 Satu je gambar.. ayah makan asam pedas ikan tenggiri, ibu makan asam pedas daging..

Selepas kenyang, berangkatlah kami balik ke hotel untuk solat Maghrib. Baring-baring sekejap, kami keluar lagi (menghabiskan sisa-sisa tenaga yang masih berbaki.. kononnya..). Sekali lagi kami ke Zoo Melaka, tapi kalau ini untuk menikmati susana zoo di malam hari..


Aksi ayah dan anak-anak yang ibu rakam di hadapan zoo.. masuk zoo malam tak boleh tangkap gambar.. dikuatiri flash dari kamera boleh memeranjatkan binatang-binatang tu..


Harga yang perlu dibayar.. adik free lagi..


 Ada kisah disebalik ayat 'Tolong Jangan Ketuk Cermin'.. akan ku ceritakan dalam N3 yang akan datang..

Habis sahaja jelajah zoo malam, kami balik ke hotel dan zzzzzzzz... Jumpa lagi dalam Ayer Keroh Melaka Dis 2010 - siri 3.

Wassalam..



No comments:

Post a Comment

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...