Follower

Thursday, December 9, 2010

Bila Kanak-kanak Lebih Bijak Dari Orang Dewasa!!

Salam semua..

Catatan Jemari Asmara kali ini mungkin sedikit sensitif untuk dibaca dan di tatap. Tetapi ini adalah kisah realiti yang terjadi di hadapan saya dan suami. Kisah 'silapnya manusia' yang sering berlaku di mana-mana. Namun sejauh mana, kita sebagai seorang dewasa mampu membetulkan kesilapan? Sehingga ianya dilakukan oleh seorang kakak-kanak berumur 6 tahun, tanpa arahan sesiapa, tetapi lahir dari akal bijak kurniaan Ilahi.

Kejadian berlaku semasa kami mengunjungi zoo malam di Melaka. Ketika itu kami sedang melihat beberapa spesis harimau yang dari balik sebuah tembok bercermin. Sebuah keluarga yang terdiri dari dewasa dan kanak-kanak mengetuk-ngetuk cermin dengan kuat mungkin dengan tujuan untuk menarik perhatian harimau supaya menghampiri mereka. Perbuatan mereka jelas melanggar amaran bertulis yang dipaparkan. Tiada siapa menegur mereka, termasuklah saya dan suami. Sehinggalah tiba-tiba seorang budak lelaki berumur 6 tahun membaca 'TOLONG JANGAN KETUK CERMIN' dengan kuat sehingga menyedarkan keluarga tersebut bahawa perbuatan mereka itu salah.

Gambar ini diambil di zoo Melaka tetapi bukan di tempat kejadian..

Sebelum itu lagi, kami telah melihat banyak silapnya manusia.. paling jelas adalah sikap membuang sampai merata-rata.. mungkin termasuk kami.. kami juga manusia biasa.. (Alhamdulillah, saya berjaya mengutip sampah-sampah yang dibuang oleh anak-anak di atas tanah).

x x x x x
Gambar ini telah dikeluarkan untuk tidak menyinggung sesiapa.
x x x x x


Gambar ini 'terambil' ketika saya menguji flash kamera hanset saya. Saya kira tak perlu diperjelaskan apakah kesalahan yang berlaku digambar ini.. (di tempat awam)

Kepada saudara di atas, maaf saya pohonkan. Semoga catatan dan paparan saya pada n3 ini (lebih kepada peringatan kepada diri saya sendiri) akan membuka mata kita semua, agar tidak menunjukkan kesilapan diri kita pada orang lain. Setiap manusia tidak akan lari dari kesilapan, namun jangan jadikan kesilapan itu satu kebanggan untuk dipamerkan kepada orang lain. Saya paparkan kesalahan itu di sini adalah sebagai satu pengajaran kepada kita semua.

Ingin saya tegaskan di sini, catatan ini adalah merupakan pandangan peribadi saya. Gambar diambil secara tidak sengaja melalui kamera telefon bimbit milik saya tetapi ditempat yang terbuka.. (no ngendap-ngendap or skodeng-skodeng k..)

Jumpa lagi.. wassalam.

1 comment:

  1. Teringat kisah pada dua minggu lepas.. kami ke muzium pengangkutan. Cik hubby tak perasan ada sign board "Do not touch", kemudian beliau pun peganglah kereta pameran tu.. Anak kedua Nida terus tegur " Abah do not touch, see the sign board" sambil tangannya menunjuk ke arah sign board.. hehe

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...