Sesi luahan rasa... Lagi!!
Maaf buat teman-teman, ibu belum mampu nak menghidangkan apa-apa entry menarik setakatni. Tengahari Jumaat yang mulia ni ibu nak buat sesi luahan hati.. Lagi!! Malam tadi meluah rasa tentang kesilapan sendiri dalam kerjaya, siangnya luahan rasa lagi. Kalini tentang penyewa-penyewa rumah ibu..
Pun kerana silap sendiri juga. Silap kerana terlalu percaya dengan orang yang tidak kita kenali. Silalah ambil pengajaran dari kisah ibu Yusuf dan Maryam ni..
Atas rezeki kurniaan Allah swt, kami memiliki sebuah apartment di Shah Alam. Kami beli hujung tahun 2004 dan rumahtu boleh duduk awal tahun 2009. Kami ambil keputusan sewakan je rumah tu sebab persekitaran yang kami rasa tak sesuai untuk membesarkan anak-anak. Kami setia menyewa di Subang Perdana sampailah Allah swt kurniakan lagi rezeki untuk kami memiliki rumah atas tanah, juga di Shah Alam. Maka jadilah kami warga Shah Alam pada penghujung tahun 2009.
Rumah Seksyen 7 tu kami sewakan kepada penyewa bujang perempuan. Tahun pertama semua serba okey, kami ambil deposit dan buat perjanjian sewa rumah. Tahun kedua, ada yang keluar ada yang masih setia jadi penyewa rumah kami. Atas dasar percaya, kami dah tak buat perjanjian dah, cuma ambil deposit. Siap turunkan sewa RM200.00 lagi. Punyalah baik... Masani mereka dah mula bayar sewa suka hati makbapak mereka.. Sudahnya, hujung tahun 2010 deposit burn begitu saja. Tahun 2011, sama juga cuma kami upkan balik RM200.00 tu. 2012 dah menjelang, sewa 2011 masih tertunggak.. Masalahnya, mereka tak mahu pula keluar dari rumah kami. Nak halau tak sampai hati.. Semua kawan-kawan ibu kutuk ibu, kata ibu ni bagi muka sangat. Hu hu hu..
Ibu call banyak kali tak angkat, sms tak jawab. Terjah rumah tu je ibu belum buat. Kawan-kawan ibu siap bagi cadangan macam-macam, ada yang suruh halau lah, ada yang suruh tampal notis kat pintulah, ada yang suruh kunci je pintu dari luar lah.. Tapi ibu tak sampai hati nak buat semua tu..
Sebelumni ibu dah slow talk dah dengan salah seorang dari mereka, ada apa-apa masalah bincang. Tapi dia nafikan ada masalah, cuma sebuk dan tak sempat bayar sewa. Hurmmm..
Itu belum kira berapa banyak kos yang ibu tanggung. Tombol semua pintu dalam rumahtu rosak, mereka ganti; ibu bayar!! Paip rosaklah, patahlah, tercabutlah; mereka panggil plumber, ibu bayar!! Tu belum kira sumbat nyumbat lagi.. Ibu bayar!! Sekalipun ibu tak pernah mintak resit. Mereka cakap RM300, RM300 lah ibu potong sewa. Memang selamani, sewa rumah tu ibu yang manage, ayah tak masuk campur pun..
Tapi...
Bila ayah Yusuf dan Maryam mula bersuara, ibu dah tak rasa ibu boleh berdiam diri. Ayah kata, kalau ibu tak boleh nak manage, dia nak manage. Owh!! Tak boleh!! Itu side income ibu.. Hehehe.. Cuma bila mereka tak bayar sewa, sakitlah poket sebab ibu terpaksa bayar bank guna duit gaji sendiri.
Hehehe.. Hehehe juga. Tapi ibu serius ni. Ibu rasa nak mula bertindak buat sesuatu..
Apa cadangan kawan-kawan?
Gambar ehsan google..
Ibu call banyak kali tak angkat, sms tak jawab. Terjah rumah tu je ibu belum buat. Kawan-kawan ibu siap bagi cadangan macam-macam, ada yang suruh halau lah, ada yang suruh tampal notis kat pintulah, ada yang suruh kunci je pintu dari luar lah.. Tapi ibu tak sampai hati nak buat semua tu..
Sebelumni ibu dah slow talk dah dengan salah seorang dari mereka, ada apa-apa masalah bincang. Tapi dia nafikan ada masalah, cuma sebuk dan tak sempat bayar sewa. Hurmmm..
Itu belum kira berapa banyak kos yang ibu tanggung. Tombol semua pintu dalam rumahtu rosak, mereka ganti; ibu bayar!! Paip rosaklah, patahlah, tercabutlah; mereka panggil plumber, ibu bayar!! Tu belum kira sumbat nyumbat lagi.. Ibu bayar!! Sekalipun ibu tak pernah mintak resit. Mereka cakap RM300, RM300 lah ibu potong sewa. Memang selamani, sewa rumah tu ibu yang manage, ayah tak masuk campur pun..
Tapi...
Bila ayah Yusuf dan Maryam mula bersuara, ibu dah tak rasa ibu boleh berdiam diri. Ayah kata, kalau ibu tak boleh nak manage, dia nak manage. Owh!! Tak boleh!! Itu side income ibu.. Hehehe.. Cuma bila mereka tak bayar sewa, sakitlah poket sebab ibu terpaksa bayar bank guna duit gaji sendiri.
Hehehe.. Hehehe juga. Tapi ibu serius ni. Ibu rasa nak mula bertindak buat sesuatu..
Apa cadangan kawan-kawan?
Gambar ehsan google..
huhu inilah masalah klu bagi sewa ke org kan, apapun saya rasa kena ambik tindakan tegas
ReplyDeletemana boleh ada sewa tertunggak, susahlah kalau tetiba dorang main pindah mcm tu je
itulah masalahnya zefa..akak ada bina sebuah rumah banglow kt kg masa baru kerja n xpernah merasa pn duduk rumah tu...konon bagi sewa ttp sedih sgt2 cz habis rosak rumah tu..kita brhabis ratusan ribu, penyewa sesuka hati rosakkan..dh la bayar sewa murah........
ReplyDeletesalam zefa... memang zefa nak sewa umah tu kat student je ke? tak berniat nak sewakan pada org berkeluarga ke?
ReplyDeletememang kena ambil tindakan tegas. bagi notis suruh keluar dari situ, kalau tak bayar sewa juga. Itu rumah kita, mana boleh suka2 je.
ReplyDeleteAlangkan kami yang bayar sewa tak penrah miss pun, bila tuan rumah dah nak duduk semula mereka bagi notis sebulan, kelam kabut cari rumah sewa lain.(Dululah masa belum ada rumah sendiri) Lebih baik rumah tu kosong sementara, daripada ada penyewa tapi tak dapat duti sewanya...
kaklong pun menyewa,duit sewa tak pernah abang tak bayar...segala kerosakan dalam rumah kami repear sdri...dah 3thn kami menyewa..alhamdulillah...
ReplyDeletetapi tu lah tuan rumah pulak sombong sngt,bila kita sms ckp duit sewa dah bankin..terima kasih sekali pun tak pernah...huhuhuhu!...
Sementara diorang masih stay akak berhak ambik tindakan, jangan sampai terkena macam family Myra.
ReplyDeleteBg sewa kat penyewa bujang pompuan(student), sebelum ni ok diorang bayar, 2 bulan hujung tahun 2011 diorang tak bayar sewa rumah, api air tertunggak, dinding conteng macam2, bilik air kotoq sampai nak pijak pun geli, diorang blah camtu je..
Biasa la Zefa, kalau kita baik orang suka ambik kesempatan. Sebelum buat apa2 tindakan lebih baik bersemuka dan bincang. Lagi satu, Zefa kena tegas..
ReplyDeletemungkin ada baiknya ibu pergi rumah tu, bersemuka....tapi jgn pergi sorang2 ajer tau....
ReplyDeletemungkin depa ingat ibu tak berani nak pi, sbb tu depa berani buat camtu....
tak salah ibu pi, bukannya nak cari gaduh, cuma nak cari penyelesaian terbaik.....
ibu pegi jenguk rumah tu.. face-to-face dan bagi warning suruh setelkan mane yg tertunggak. klu xdapat byr, suruh diorang keluar. ramai lagi penyewa yg nak menyewa kat situ. seksyen 7 kan kawasan hot. mmg nampak kejam,tp common sense la..itu yg selalu tuan rumah buat.
ReplyDeletelakukan tindakan dengan segera tapi berhemah....good luck kak zeffa.......
ReplyDeleteTak boleh berlembut sangat, kena berkeras sikit. Cuba bg tempoh kat dia orang, kalau tak memang suruh keluar gak. Cakap je ada orang lain nak sewa.... Dia orang ambil kesempatan sebab Zefa berlembut sangat.
ReplyDeletepernah ada rumah sewa, pernah sakit kepala gak cam gini.. tapi kena bertindak macamana carapun.. rasanya kawan2 seopis dah bagi banyak cadangan ikut mana yang sesuai...
ReplyDeletetetiba nk share cite adik eT baru ni pindah rumah sewa baru tp melalui org...
ReplyDeletedh bayar deposit 2bln+api+air sume ada la dlm rm600+-...amik kunci masuk umah siap cat baru umah tu bg nmpk kemas sket...xsmpai seminggu masa adik balik dari bercuti xboleh nk masuk umah sbb tuan umah mangga pintu...
rupanyer org tengah tu dah cabut ngan duit deposit/sewa tp xbg kt tuan umah pon...
terpaksa adik eT bayar sekali lg kt tuan umah kalo nk dok kt situ jugak...dh la adik tu gaji kecik...kesian sungguh...
tp tindakan tuan umah tu betul la sbb umah dia kan...
yg xbetulnyer org tgh yg amik duit larikan diri tuh....teruk sungguh...
tp..utk kes ni, try bncg dulu kalo dpt...kalo wat keras jugak...magga jek besar2 kt pintu tu kak...kasi yg gedabak punya...baru diorang tau...
Kena pergi lawat la rumah sewa ibu tu. Bukan terjah. Tapi lawat. Kot2 ntah apa dah jadi dalam tu. Tapi jgn pergi sorang2 tau ibu. Bahaya.
ReplyDeletehi ibu. 1st time singgah sini. baiknya ibu as landlord. sbb tu dorg brani buli ibu. mmg kna p terjah umah tu n kalu dorg xnk bayar sewa suru dorg kluar.
ReplyDeletelandlord sy ms dok umah bujang dulu, bg notis kluar sminggu je. pastu dia ugut kalu x kluar dlm masa yg dia bg, dia akan tuka kunci umah tu. then masa ktorg pindah barang, dia dok monitor ktorg. smp cmtu skali kn. so ibu jgn berdiam diri ok? be brave! umah tu hakmilik ibu! ;)
betul kata Tina Othman tu kak. Akak kena ambil tindakan tegas sikit. Agaknya diorang pun buat selamba aja sebab tengok akak lembut je...hehe. K.Zefa pergi rumah tu, tunggu sampai diorang balik. Pastu bagi warning lah...kalau tak jadi juga, minta penyewa tu keluar.
ReplyDeleteTerima kasih buat teman-teman yg memberi komen dan pandangan di sini. Nampaknya betullah, ibu Yusuf ni tak tegas dengan penyewa2 tu. InsyaAllah ibu Yusuf akan bertindak..
ReplyDeleteTerima kasih semua!!
kalaupasal rumah yg disewakan niemmg byk jadi isu.baru2 nie opismate sy pun alami nasib yg sama.yg penting akk kena tegas..tak salah klu suami nak masuk campur dalam menyetelkan masalah nie..side income tu akk punyalah..beliau tolong jer.hehe..
ReplyDeleteMemang susah nak cari penyewa yang betul2 bagus... Kalau ada pun berapa kerat je.
ReplyDeleteCadangan Nida cuba Zefa terjah rumah dia, Zefa terpaksa juga bertegas.. tapi tulah kan, kita ni jenis bzngsa mudah tak sampai hati.. tu yang payahnya.
Kalau di barat majoriti guna agen, sebelum masuk bayar bond, kalau ada kerosakan rumah tolak bond tu, kalau nak keluar kena bagi notis 3 minggu awal... pastu kalau tak bayar sewa penyewa akan dihadapkan ke tribunal... bila dah ada kes ditribunal memang payah ler nak cari rumah sewa lain selepas ni sebabnya bila kita nak masuk rumah sewa lain, surat rujukan dari agen lama diperlukan... kalau bayar sewa jenis sistem automatik potong duit bank barulah takde istilah tak bayar sewa...
Kadang2 terfikir kenapalah kita tak boleh buat gitu ye.....
Mmm kadang-kadang perkara mcam ni buatkan kite takut nak sewakan rumah..emm
ReplyDeleterasanya akak kena bertegas tu, akak gitau akak nak gi tengok rumah..baru diorg cuak sikit..dan pasal resit tu, better suh diorg scan akak..
ReplyDeletesaya pon ada sewakan rumah juga, tapi tak pernah buat surat perjanjian ke ape..riso jugak ni.. akak wat surat perjanjian cemana yer, ada mati setem ke tak ek?
kak zefa..sekarang saya ngn kawan2 ngah cri rumah sewa..agak2 dr shah alam ke ppum jauh tak dan ada transport bas x..rumah sewa sekarang xselamt ..huhuhu..
ReplyDeletekak zefa masih pakai no yg lame kan..ti pepehal saya contact kak zefa..
nasib kak ne sama ngan nasib saya....penyewa umah saya xbayar sewa hampir 1tahun. telefon xangkat, gi umah dia leh mengadu yg dia xde wit nak bayar sewa...mcm la kita ne byk wit utk tanggung dia...umah sy tu masih hutang bak...nak halau suami sy kesian ngan anak2 dia...sekarang ne sy dalam proses nak jual umah tu...menyusahkan je nak tanggung org dok free kat umah kita...:(
ReplyDelete