Follower

Monday, December 13, 2010

Tadika Seawal 4 Tahun: Perlukah?

Salam semua..

Tahun 2010 bakal melabuhkan tirai dan 2011 bakal muncul dengan pelbagai cabaran. Saya secara peribadi bakal berhadapan dengan cabaran sebagai seorang ibu berkerjaya yang mahu memberi pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan mengukur kepada kemampuan diri sendiri.

Muhammad Yusuf Nabhan, 6 tahun 13 hari bakal melangkah ke Tahun 1 beberapa hari lagi. Maryam Nabihah, 3 tahun 4 bulan? Adakah anak kelahiran hujung 2007 ini bakal bersekolah? Sebahagian rakan-rakan berpendapat terlalu awal untuk menghantar anak ke sekolah Tadika seawal 4 tahun.

Namun secara peribadi, saya ada jawapan sendiri.. untuk isu 'Tadika Seawal 4 Tahun':

KEMAMPUAN EKONOMI IBUBAPA

Sedia maklum, kebanyakan Tadika atau Pra Sekolah Kerajaan tidak bersedia menerima kanak-kanak berumur 4 tahun sebagai pelajar. Sebagai pilihan, ibubapa terpaksa menghantar anak-anak ke Tadika Swasta yang pastinya mengenakan yuran yang lebih tinggi dari pihak kerajaan. Mampukah kita? Tepuk dada tanya poket. :-)

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Setiap kanak-kanak mempunya tahap perkembangan mental dan fizikal yang berbeza. Sebagai contoh, Muhammad Yusuf lahir pada penghujung tahun 2004. Ketika saya berkira-kira menghantarnya ke Tadika 3 tahun lepas, dia baru sahaja menyambut hari lahir yang ke 3. Masih belajar untuk urus diri termasuk urusan ke tandas. Maka, saya mengambil keputusan untuk hanya menghantarnya ke Tadika pada usia 5 tahun (ketika baru sahaja menyambut hari lahir yang ke 4).

Tiada niat untuk membezakan di antara anak-anak, tetapi saya telah melihat potensi perkembangan Maryam Nabihah seawal umur 2 tahun. Mampu membaca doa-doa dan zikir-zikir dengan lancar dan telah mampu urus diri untuk ke tandas. Anak kelahiran bulan 8 ini nampaknya bersedia untuk ke Tadika seawal umur 3 tahun 4 bulan (Januari 2011 ini).. :-)

PERKEMBANGAN SOSIAL

Anak-anak saya membesar di Taska dan tidak pernah menghantarnya kerumah pengasuh. Maka mereka tiada masalah untuk bersosial kerana mereka sentiasa didedahkan dengan pelbagai aktiviti menarik dan banyak bergaul di Taska. Walaubagaimanapun, saya yakin pembelajaran di Tadika dapat membantu ke arah perkembangan yang lebih baik.

ILMU PENGETAHUAN

Saya pernah mendengar rungutan seorang kawan yang menghantar anak-anak ke rumah pengasuh. Aktiviti mereka hanya makan, tidur dan menonton tv. Saya kira lebih baik anak-anak seperti ini di hantar ke Tadika sekiranya telah menepati ciri-ciri seperti yang saya nyatakan di atas. Setidak-tidaknya mereka dapat sesuatu di Tadika.

*********

Apa yang jemari saya catatkan di atas adalah pandangan peribadi saya. Namun sekiranya ia dipandang sebagai sesuatu yang positif, saya mengharapkan ia dapat dijadikan panduan kepada rakan-rakan semua. Terima kasih kerana sudi membaca.. Wassalam.


Bidadari kecil ibu: Maryam Nabihah binti Muhammad Roslan..


15 comments:

  1. ana hantar anak tadika umur 5 tahun...so far ok, thn depan darjah 1 dah boleh baca. alhamdulillah!

    ReplyDelete
  2. Samalah kita.. saya pun hantar yang abang umur 5 tahun. Cuma adiknya nampak dah bersedia nak sekolah lebih awal.. :-)

    ReplyDelete
  3. kalo ctkus..lg awal pendedahan pada alam persekolahan lg senang utk si ank menyesuaikan diri dgn dunia pendidikan dan pelajaran..pendidikan semakin lama semakin tinggi tarafnyaa.. :)

    ReplyDelete
  4. salam,
    sy takde anak lg..:-) tapi nak gak share citer.
    ada anak2 yang dihntr ke tadika awl dia cepat bosan..ada yang ok..ada yang 4tahun hantar taska yang belajar mcm2 ngaji,mbaca,doa2 harian tu pun bagus..dah mcm tadika dah pandainye...

    ReplyDelete
  5. Salam ct.. akak pun setuju dgn ct.. tapi mcm dlm n3 akaklah, ada aspek2/ ciri2 yg perlu diteliti dulu.. contohnye, kalau tak pandai g 'uuk' sendiri pun susah gak.. hehe.. byk2 contoh itu yg akak bg ye? .. :-)

    ReplyDelete
  6. Wsalam Qis.. x dpt dinafikan isu cepat bosan mungkin berlaku.. itulah isu yg selalu kwn2 akak luahkan.. apa akak buat pada anak sulung, umur 5 tahun tadika lain, 6tahun hantar tadika lain..

    ReplyDelete
  7. ooo bagus..semoga menjadi ibu yang bijak sentiasa!

    ReplyDelete
  8. ummi pulak akan hatar anak ummi januari tahun depan..anak ummi baru saja masuk 4 taun bbrapa hari yng lalu...maksudnya tahun depan dah masuk 5 taun...so time yg sesuai...kalau org lain dah htr pd umo 4 taun kann..hmmm...apa yg ummi perhatikan anak ummi ni ade ciri2 cepat bosan, sbb tu ummi hantar lambat ke tadika..tu pandangan ummi saje ye

    ReplyDelete
  9. Salam ummi, anak ummi sama anak saya yg sulung.. anak hujung tahun.. dia pun sy hantar tadika masa umur 5 tahun.. tadika bermula umur 4, 5 atau 6 tiada yg salahnya.. semuanya berbalik kepada penilaian ibubapa dan kesesuaian anak itu sendiri.. :-)

    ReplyDelete
  10. skang ni Zahra sayalah yang jaga,hehehe dah namanya suri rumah kan.. tapi teringin jugak nak hantar dia ke short class ke, or tadika separuh hari, so that dia dapat bergaul..tunggulah bila dah 2 tahun lebih or bila dan pandai gitau bila nak uuk..hihihi

    ReplyDelete
  11. bg Ms jgn anta anak2x ke sekolah lebih awal kerana Ms blja psikologi..lec Ms ckp..x elok sebab budak2x.peringkat awal akan merasa tertekan dan bila besar nnt bosan nk blaja...biakan dia main ngn kwn2x..bia die lebih byk dpt pengalaman..n aktif..anak mat salleh pandai sebab parents bg peluang anak2 mereka belaja diluar..spt main dipadang..n mcm2x lagi

    ReplyDelete
  12. sama kes dgn anak jiran saya. dia lahir hujung tahun. tp mak die tgk die macam dah bersedia utk ke tadika lepas dia sambut birthday yg ke-3, means, ikut tahun, dh 4 thn umur dia...

    ReplyDelete
  13. Ibu ambil keputusan untuk hantar anak ke 2 ibu ke tadika dalam usia 4 tahun. Semalam ibu dah daftar anak ibu untuk ke Tadika tahun hadapan.. insyaAllah, tengok rupe tadika tu, dia tak boring kut. Mudah-mudahan..
    Kawan2, doakan yang terbaik ya.. terima kasih.

    ReplyDelete
  14. Pada sy kena tanya ankdulu,klu dia memang berminat,ok jer seawal 4tahun.budak2 nie takboleh paksa sgt soh belajar..sy pun hantar aiman seawal 4tahun.tgok diabley accept pelajaran dengan baik jugak..cuma sejak pindah tros stop..

    kebanyakan org hantar tadika 5tahun rasanya....

    ReplyDelete
  15. Bagi Nida ia perlu, namun pengisiannya perlulah bersesuaian dengan budak umur 4 tahun. Tapi yang sedihnya sekarang ni, budak 4 tahun dah diajar dengan exam oriented... sedih mengenangkan dunia kanak-kanak mereka yg telah hilang dan dipenuhi dengan buku dan peperiksaan...:(

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...