Follower

Tuesday, December 21, 2010

ThE MiNeS - SeRi KeMbAnGan

Catatan perjalanan - 19.12.2010 @ The Mines Seri Kembangan.

Kami sekeluarga menerima kunjungan tetamu (kakak suami 5 sekeluarga) dari Kuala Terengganu yang tiba di rumah kami pada petang Jumaat 18.12.2010. Kami dengan hati yang terbuka dan sangat gembira membawa mereka untuk sesi catatan perjalanan kami.

Lokasi asal tujuan kami adalah Mines Wonderland Theme Park. Namun kami telah membuat kesilapan kerana tidak membuat carian terlebih dahulu di internet. Taman tema tersebut hanya dibuka pada jam 5.00 petang. Walaubagaimanapun, pada ketika ini taman tema berkenaan di tutup sehingga dimaklumkan. Untuk keterangan lanjut rakan-rakan boleh ke sini.

Kami mengubah hala ke Mines Shooping Fair.. apalagi, jalan-jalan cuci mata. Keistimewaan shooping mall ini adalah kewujudan terusan yang merentasi bangunan. En Ayah sebagai pemandu pelancung mencadangkan kepada tetamu kami untuk menikmati aktiviti water cruise. Namun cadangan ditolak secara baik, mungkin atas faktor mereka dah biasa naik bot penambang di Seberang Takir. (Tapi yang ini lain tau, yang ini eklusif gitu..). Untuk keterangan lanjut rakan-rakan boleh ke sini.

Kita layan gambarlah ya..

Inilah ahli rombongannya.. diketuai oleh En. Ayah. Ibu seperti biasa jadi 'tukang tangkap gambar'..


Anak-anak layan 'binatang'ni.. keretapi 3 sederet.. 2 ruang kat depan tu diisi oleh 5 sekeluarga (orang lain).. dengan mak dan bapa dia masuk sekali.. hehe.. lucu pula ibu tengok..


En. Ayah sedang mendapatkan informasi tentang Cruise.. tapi akhirnya kami tak naik atas sebab seperti di atas..


Gambar hasil carian di Google..

Ibu godek-godek gambar lama, jumpa beberapa gambar hasil catatan perjalanan kami pada Febuari 2010 yang lepas (masatu belum ada blog).. Ibu upload sekeping dua gambar pengalaman kami menikmati water cruise..


Hmmm.. macammana nak cerita tentang gambar ni..  asalnya kami di atas permukaan (betulke istilah tu)..


Kemudian akan turun perlahan-lahan..


Dan turun lagi..


Pemandangan indah..


Burung-burung..


Burung lagi..


Ikan-ikan di air yang jernih..


Yusuf Nabhan.. disebelahtu Mines Resort.. nampak sangat menarik pada pandangan mata ibu..

Mana gambar ibu, ayah dan Maryam Nabihah..?

Nanti ibu sambung ya.. jumpa lagi..

5 comments:

  1. Alamak.. x perasan la BSB. Jalan2 gitu2 je.. x shooping..

    ReplyDelete
  2. kalau ada kedai KK mesti akak sambar 1 barangnya kan....

    ReplyDelete
  3. Tengok The Mines tu, teringat zaman belajar di UKM dulu.. dengan motor burukku tulah tempat ni selalu ku tuju...:)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...