Jadi untuk pujuk puteri ibu, ibupun janji nak bawa pergi KFC malam nanti. Balik dari kerja petangtu, ibu terfikir.. ayah dahlah takde (meeting di Kota Bharu).. mau huru hara bawa budak-budakni tanpa ayah. Jadi ibu buat keputusan untuk d.t. je on de way balik kerja.
Inilah dia KFC @ Petronas Federal Highway1.. kita komen sikit servis yang diberi k...
Hmm.. apa yang mahu diorder? Kereta ibu kereta kelima, dalam masa 10 minit sampai giliran ibu.. ibu bagi 3 dari 5 bintang..
Adik-adik KFC yang sedang sebok menyiapkan order.. semua order siap dalam masa 5 minit.. yang ni ibu bagi 4 bintang.. cukup?
Inilah yang ibu beli.. RM38.00 semuanya. Hehe.. macam 4 orang makan, padahal 3 orang je..
Balik rumah, adik tak sabar-sabar..
Walaupun dekat sangat-sangat dengan rumah kami ada KFC, tapi kalau nak makan KFC kami akan ke sini. Malah kami makan-makan masa birthday Yusuf Nabhan haritu pun di sini. Secara peribadi ibu berpuas hati dengan servis di sini, tak kiralah samada drive thru atau servis di dalam.
Wassalam.
Habis ke makan ber 3 tu kak zeffa...?meh hantar kt ya sikit...hehehhe
ReplyDeleteSempat lak dia tangkap gambar budak2 tu dok bekerja,..hmmm, drive thru tuh.....
ReplyDeleteYa: dah habis dah.. hehe..
ReplyDeleteAT&MB: kan ku tangkap ape jua demi menghapdet blog ku.. kihkih..