Follower

Monday, December 20, 2010

WeT wOrLd - Shah Alam

Catatan perjalanan - 19.12.2010 @ Wet World Shah Alam.

Balik dari Mines Shooping Fair, kami sambung pula dengan aktiviti mandi-manda. Memandangkan hari sudah petang kami mengambil keputusan untuk ke Wet World sahaja. Murah dan dekat.. Sunway Lagon? Hmmm.. mahal dan rasa rugi jika pergi pada waktu petang. Alang-alang bayar mahal biar puas hati..

Sedikit info, Wet World Shah Alam terletak di Seksyen 14 berhampiran dengan Tasik Shah Alam. Taman tema ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Rabu melainkan hari cuti umum dan cuti sekolah. Bayaran? Tanpa mengira kanak-kanak atau dewasa, bagi ketinggian 135cm ke atas RM10.00 dan 85cm ke atas RM8.00 sahaja. Murahkan?

Untuk makluman juga, Wet Word Shah Alam terkenal dengan 'monsoon' buster yang dikatakan terpanjang di dunia dan pertama terdapat di Asia tenggara. Walaubagaimanapun, permainan ini DITUTUP pada masa ini untuk kerja-kerja penyelenggaraan..

Jom kita layan gambar..


Pintu hadapan Wet World Shah Alam.. 

Keterangan pada kaunter tiket.. 

 Harga yang kami bayar + RM20.00 sebab masani tak beli lagi tiket untuk Ayah dan Bak yang tengah cari parking.. (update harga tiket terkini di SINI..)

 Water coaster terpanjang di Asia.. TUTUP!!

 Kawasan yang sesuai untuk kanak-kanak kecil..

 Maryam Nabihah layan tempat cetekje..

 Pemandangan terus ke Tasik Shah Alam..


Family dari Terengganu..

Sekian.. wassalam.

Update @ 2012 di SINI..


3 comments:

  1. syokkk nyaaa...teringat tempat beriadah di tasik itu.... zaman2 muda remaja student uitm...he he he

    ReplyDelete
  2. Ct: budak2 best ler.. mak budak maleh nak join.. seramai2 umat manusia..
    Su: zaman muda2 ye? sekarang pun muda lg kan? :-)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...