Masih terngiang-ngiang kisah perginya seorang ibu berumur 31 tahun meninggalkan 3 orang anak kecil kerana barah payudara seperti saya ceritakan di n3 'Ajalnya Kerana Barah Payudara'. Justeru, saya terpanggil untuk menggali maklumat tentang barah payudara sebagai salah satu usaha pencegahan.
Saya mulakan dengan maklumat: Mengenali Barah Payudara.
Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel? Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.
Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah). Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini.
Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.
Artikel dipetik dari: http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/bm/maklumat/apakahkp.htm
No comments:
Post a Comment
Komen anda amatlah dihargai.. :D