Follower

Wednesday, December 22, 2010

Melatih Anak Ke Tandas..

Salam semua..

Apa yang ibu nak ceritakan di sini hanyalah sebagai satu perkongsian pengalaman dan mungkin tidak sesuai untuk ditiru. Sebab? Haha.. bacalah ye..

Beberapa hari yang lepas ibu melawat blog sahabat baru ibu, Shira. Shira sedang berkira-kira untuk melatih anaknya Anas yang berusia 1 tahun 8 bulan untuk ke tandas. Tiba-tiba ibu teringat pengalaman ibu melatih Yusuf Nabhan dan Maryam Nabihah ke tandas. Hari ini baru berkesempatan untuk menulisnya.

Melatih Yusuf Nabhan Ke Tandas

Ibu mula melatih Yusuf Nabhan ke tandas masa umurnya 2 tahun. Masatu ibu dah mengandungkan Maryam Nabihah. Latih Sabtu Ahad je, Isnin - Jumaat di Taska pakai pampers. Sabtu Ahad depan latih lagi. Carani lambat berkesan sebab budak tu sempat lupa balik sepanjang 5 hari di Taska.

Bila perut ibu dah besar, ibu pun jadi malas (JANGAN TIRU YANG INI!!). Bila ibu malas, ibu pun stop latih. Sampailah ibu bersalin Maryam Nabihah dan berpeluang untuk bercuti 2 bulan. Ibu berpantang di kampung semingguje. Lepastu En. Ayah dah angkut kami anakberanak balik rumah.

Ibu kuatkan semangat untuk manfaatkan cuti yang berbaki 6 minggu dengan sebaik-baiknya. Selepas ibu bersalin 2 minggu, ibu mula melatih Yusuf Nabhan ke tandas. Bayangkan!! Melatih anak ke tandas semasa dalam pantang tanpa bantuan sesiapa.

Bila Yusuf terkencing di lantai, ibu lap kakinya kering-kering. Ibu pakaikan selipar dan ibu minta di jalan slow-slow ke tandas. Bayangkan!! Ibu mengemop lantai semasa dalam pantang. Allahu Akbar!! Allah benar-benar beri ibu kekekuatan. (Ibu rasa nak nangis masa buat n3 ni..)

Akhirnya Yusuf Nabhan tidak lagi menggunakan pampers pada usia 2 tahun 11 bulan. Walaupun lewat berbanding kanak-kanak lain, ibu tetap rasa syukur yang tak terhingga pada Ilahi. Syukur Ya Allah.

Kita sambung Melatih Maryam Nabihah ke Tandas dalam n3 yang lain ya..

Jumpa lagi...



4 comments:

  1. salam zefa,anak bongsu BSB 2 tahun tak pandai pergi toilet lagi.

    ReplyDelete
  2. salam kak zefa..tq ye share pengalaman.

    safiyyah bulan 1 ni 2 tahun la dia tapi tak train lagi. pernah cuba sblm ni tapi mcm dia tak ready la..dia tak nak duduk kat potty tu..bbrp saat je la dia nak duduk situ pastu menangis2..huhu. last2 nadiah stop la train dia. pastu skrg ni pulak musim sejuk..mmg tak train la masa ni.

    ingat nak cuba semula sblm nadiah bersalin tapi tak tau le cmne gayanya dgn nadiah yg sarat mengandung masa tu

    ReplyDelete
  3. BSB: Wsalam. Tulah, setiap budak2ni potensinya berbeza2. InsyaAllah, mesti boleh juga nanti. Anak2 sy semua 2 thn ++ baru boleh ke tandas sendiri..

    Nadiah: akak ni brutal skit, terus letak je budak tu atas toilet.. yg kelakarnya selalu dia buang kat lantaije.. huhu.. sadis tul..

    ReplyDelete
  4. mmg ssh nak ajar anak ke tandas klu kita bekerja.sy pun macam tu sbb kt umah pengasuh nie dieorg ssh sikit,tak bersungguh macam kita..

    aiman dulu lebih kurang sebaya yusuf juga baru tkpakai pampers..

    tu pun untung 2 kali jer dia kencing dlm seluar,lepas tu tros pandai ckp klu nak ketandas..sng gak la...

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...