Follower

Wednesday, May 18, 2011

Memandu Penuh Debaran..

Assalamualaikum wbt..

Sahabat-sahabat pandai memandu? Ibu, syukur alhamdulillah diberi Allah swt sedikit ilmu dan kemahiran untuk memandu kereta. Lesen motor pun ibu ada tau, tapi dah tak tau bawak dah. Hehe.. nak start motor pun dah tak tau. Dulu masa bujang-bujang ibu minah rider tau, dah itu je mampunya.. nak beli kereta tak mampu. Tapi lepas ibu bertunang pada 01.01.2002 (cewah! ingat tu tarikh kena pinang.. hehe..) tunang ibu dah tak bagi naik motor. Dia suruh ibu bawa kereta dia. Tunang ibu tu En Ayah ler, kekasih cinta pertamaku dan mudahhan yang terakhir. Amin! Hmm.. dah hampir sebelas tahun, tu yang dah serba tak tahu dah.

Balik kepada tajuk di atas, sehari dua ni ibu kalau bawa kereta berdebar-debar sangat. Risau sangat, rasa bersalah je. Rasa macam ada je yang nak tangkap. Lagi-lagi masa ibu kerja habis sampai jam 12.00 tengah malam dua hari lepas, lagi lah berdebar-berdebar. Ibu takut terserempak dengan sesuatu sebenarnya.

Tapi bukanlah takut dengan yang ini..

v

v

v

 Hehe.. search gambar hantu keluar kak Limah lah pulak. Bukanlah ibu nak sombong kata ibu tak takut kalau jumpa hantu (takut juga la beb..), tapi ibu nak maksudkan bukan hantu yang buat ibu berdebar-debar.. tapi yang ini haaa..

v

v

v

Takut jumpa police roadblock sebenarnya..

Sebab, lesen memandu ibu dah mati sejak Sabtu minggu lepas! Kih kih kih kih...

Tapi, alhamdulillah ketika n3 ini di tulis assistant ibu sedang on de way nak tolong renewkan. Hmm.. semuani gara-gara dua-dua assistant ibu cuti hari Isnin yang lepas. Mem balas nak beratur kat Pejabat Pos. Hehe.. Malas nak pusing-pusing cari parking sebenarnya.

Ps: Kawan-kawan kan, pernah tak macam ibu?


9 comments:

  1. hikhikhik.. same la kite.. tapi saya lagi teruk sebulan lesen mati tapi buat relax je kalau jumpe roadblock.. sbb kalau kat tempat saya ni polis jarang nak tahan pemandu wanita, luar je relax dalam hati debaran kencanng tuhan je yang tahu.. tapi dah pegi sambung minggu lepas untuk 3 tahun terusss.. hikhik

    ReplyDelete
  2. myamyza: wah, sebulan ttu.. yg 5 hari ni pun dah dup dap dup dap.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Saya dah lame ada lesen tapi tak berani nak bawak kete kat jalan raya.Tiap2 tahun renew tapi tak pernah bawa kete...

    CK follow Zefa semula,baru2 ni blog ada masalah tak boleh logout terus tukar login blog dr yahoo ke gmail.

    ReplyDelete
  4. dulu bujang2 pegi keje bawa moto skg pakai dreber heehee....hubby hantar.

    ReplyDelete
  5. CK: terima kasih follow semula.. sekarangni pun senarai follower menghilang.. semakin pening blogger ni.. :-)

    ReplyDelete
  6. BSB: best kan ada driver.. hehe.. sy dgn suami tpt kerja tak sama.. sy ni pula kurang sabar nak menunggu2.. bw jelah sendiri jwbnya.. :-)

    ReplyDelete
  7. part antu kak limah tu cepat2 kita scroll ke bawah..kita 'tak suka' @ tegak bulu roma bila tengok gambar ala2 mcm tu hiihii..

    p/s: kita renew lesen segedebuk terus utk 5 tahun..balik 2014 nanti pon tak mati lagi..tp skill memandu tah2 lesap semua sekali dah heehe..

    ReplyDelete
  8. pernah2..punyelah debar sebab tengok bayk kali hampir seminggu lepas dah lesen..pahtu asyik lupe je..bile dah barukan..suamiku baru perasan lagi 4 hari rupenye baru lesen mati..sebab lesen tu ade 2kan..yg bergamba satu yag tak satukan (yg direnew setiap tahun tu)..yg bergambar tu dulu pernah dibuang sebab ingat tak gune dah rupenye jadi ibu lesen hehe..jadi tu yg barukan n tarikh keduenye tak serupe...pening2..hhehe

    p/s: kak zefa bestnye ade runer..ni mosti mem bukan sebarangan ni..

    ReplyDelete
  9. Kadang-kadang kita tengok polis pun dah berdebar.. padahal bukan ada buat salah apa pun. Anak-anak lagilah....

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...