Follower

Saturday, May 14, 2011

Menjawab Soalan Ummu Muhammad: Mengapa Kangkung?

Assalamualaikum wbt..

N3 ibu kali ini adalah bagi menjawab soalan Ummu Muhammad dalam komen n3 ibu 'Aladdin Oh Aladdin'.

Soalannya; kenape agaknye yg design bunge kangkung yang menjadi design wajib ade pade penggemar PML kak zefa? ros hijau, sakura dengan chinese pine lagi chantek ;)

Baiklah, sebelum jawab soalan tu, ibu nak kongsikan mengapa ibu suka kumpul PML. Secara jujur, ibu suka kumpul PML selepas melihat koleksi rakan-raan FB. Koleksi-koleksi mereka mengimbau kenangan semasa ibu tinggal sebumbung dengan mak ayah ibu. Pinggan yang digunakan untuk kegunaan kami sehari-hari adalah pinggan bunga kangkung.

Koleksi pertama ibu juga adalah sebiji pinggan mengkum bunga kangkung pemberian mak. Mak kata pinggan tersebut adalah antara pinggan-pinggan pemberian mbah lanang (bapa kepada mak). Pinggan tu ibu ada ceritakan di n3 Pinggan Mengkum Bunga Kangkung - Nan Seketul.

PML Bunga Kangkung adalah paling dekat dan punya nostalgia dalam hidup ibu. sebab itu, ibu dahulukankan PML Bunga Kangkung dalam koleksi ibu. Ibu juga ada minta pendapat kawan-kawan lain bagi menjawab soalan Ummu Muhammad.

Seorang sahabat, Kak Azah dari Negeri Di Bawah bayu menjawab: "koleksi kangkung masih mudah dicari berbanding dgn yg lain dan kita juga menyambung warisan ibunda kita kerana setiap rumah ibu kita mesti ada pml bunga kangkung..maksudnya mmg dari dulu diminati ramai..ros hijau, sakura..sangat susah nak dpt...koleksi kangkung yg akk ada semuanya hunting sendiri tapi bunga lain terpaksa beli on9 sana sini drp sellers yg pelbagai...."

Seorang lagi collector yang memberi pandangan adalah Kak Azian Imran. Kak yang terkenal dengan jolokan Ratu kangkung. Sebab dia hanya kumpul PML Bunga Kangkung sahaja, tak kumpul yang lain-lain. Tapi, istimewanya dia memburu semua spesis kangkung, dari yang biasa-biasa hinggal yang 'rare'..

Pendapat Kak Yan tiada istilah wajib dalam mengumpul PML Bunga Kangkung, terpulang kepada diri collector tersebut apa yang hendak dikumpul. Katanya; "pada akak.. BK tersangatlah cantiknyer.. terutama.. bila dikumpul beramai ramai. Dan juga.. Bk ada bebagai-bagai variasi... never ending story.. diakatakan terdapat 18 versi teko... itu teko sahaja.... tengok ajekk teko bulat.. ada berbagai2 saiz... sonok tauuuu"

Satu lagi pendapat adalah dari saudara Mohasah Borhan. dia salah seorang pencinta PML dari golongan adam. katanya;  ‎1. BK mudah didapati..2. oleh sebab x bersifat rare, harganya masih mampu milik. 3. Bk itu sendiri begitu dekat ngan masyarakat melayu. 4. warna nya begitu alamiah di samping bentuk yg menawan. 5. Bk tampil dengan pelbagai fungsi dan kegunaan, di samping setiap satunya tampil dgn pelbagai reka bentuk (saiz, bunga dan warna)..

Kesimpulannya, BK adalah paling glamour dikalangan PML yang lain. Hehe..


Sekadar gambar hiasan.. koleksi Bunga Kangkung ibu yang ada.. cukuplah, alhamdulillah.. (kecuali kalau ibu jumpa yang rare dengan harga mampu milik.. hehe..)

Ps: Ummu Muhammad, harap terjawab ya.. tq.

5 comments:

  1. oo..gitu ke kisahnya. PML2 tu akak hanya buat hiasan je ke atau guna jgk utk mkn minum?

    ReplyDelete
  2. Nadiah: kalau yg akak beli tu NOS (new old stock) akak pakai juga. Tp kalau beli yg 2nd hand akak wat simpan je.. :-)

    ReplyDelete
  3. kak zefa baru berkesempatan tgk blog..hehe..ohh begitu tapi memang die nmpak cantik bile tersusun same corak..betul jugak kalau balik kg dulu,pinggan nilah yg ade kat rumah nenek..biapun berat tapi bernilai waktu sekarg..

    ReplyDelete
  4. Ummu Muhammad: harap n3 ini menjawab soalan ya.. :-)

    ReplyDelete
  5. memang betul pun corak ini mengingatkan kita zaman bersama mak dan ayah... mengimbau kembali zaman kanak-kanak... uwaaaaaaa, rindunya nak makan atas pinggan corak begini.. nanti makan kat rumah Zefa je ler...hahahaha

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...