Follower

Sunday, May 15, 2011

PML: SeaShell Hijau Menawan..

Assalamualaikum wbt..
Pagi Ahad yang masih dingin, ibu nak kongsikan satu lagi koleksi PML Ibu. SeaShell Hijau hasil barter dengan sahabat FB Kak Taslimah Sekin. Alhamdulillah, ini adalah projek barter yang kedua di antara kami..

Masa mula-mula Kak Tas ofer, ibu taknak tau. Hehe.. mula-mula macam tak berkenan. Tapi, sebab satu lagi barang yang Kak Tas ofer ibu dah ada, maka ibu setuju untuk memilki SeaShell Hijau tu..

Sekali ia sampai ke tangan ibu, subhanallah! Cantik sangat, sangat, sangat! Ibu suka sangat-sangat! Hijau dia sweeeeet sangat-sangat. Hehe.. tu dia semua sangat-sangat!

v


v


v


v
Inilah dia SeaShell Hijau menawan tu.. Koleksi terdiri dari sebiji teko aladdin dan dua pasang cawan mulut lebar. Buat setakatni, cukuplah dengan 3 sekawan ni. Ibu belum berniat nak melengkapkannya.. Sebab?

Sebab gandingan 3 sekawan itu cukup cantik molek terletak di atas almari putih ibu yang berisi sedikit koleksi Vantage. Cun melecun pada mata ibu..

Set ini mengambil alih kedudukan set Chinese Pine..

v

v

v

v

Alhamdulillah, set ini telah lengkap. Ibu dapat dari Eis Antique, tak ambil lagi pun.. Insyaallah harini juga ibu akan ambil.. :-) Nanti dah ambil bolehlah mereka berpossing dan ibu akan buat n3 khas untuk mereka.. :-)

Berbalik kepada kisah Sea Shell cun melecun tu, ianya telah memberi idea kepada ibu untuk dekorasi Aidilfitri tahun ini. InsyaAllah dekorasi akan bertemakan warna hijau putih dan masih dengan ala-ala henglish. Buat setakat ni, walaupun ibu suka kumpul PML, ibu masih belum bersedia untuk menerapkan elemen-elemen antik dalam gaya dekorasi 'Baiti Jannati'. Masih cukup selesa dengan ala-ala Englishnya. Ala-ala je tau, bukan sepenuhnya. hehe..

Jumpa lagi!

10 comments:

  1. As'kum..

    Akak, boleh tempah online tak?
    Hehehe:))

    ReplyDelete
  2. Humyraa: w'salam. tempah apa dik? :-)

    ReplyDelete
  3. cantik...hijau mendamaikan.. =D

    ReplyDelete
  4. izan: betul, sejuk je tgk kaler hijau kan?

    ReplyDelete
  5. Saya tertarik ngan Decoupage key hanger
    Itu akak punye handmade kan..
    Akak buka utk tempahan tak?..:)

    ReplyDelete
  6. Humyra: ye tu akak buat sendiri.. akak xde la buka secara umum, tp kalau ada yg minta tolong buatkan, akak buatkanla.. :-)

    ReplyDelete
  7. Oo..Ok..
    kak, kalu nak tempah..agak2 selamat tak hantar kut kiriman pos..:)solii manyak tanye

    ReplyDelete
  8. Humyraa: xpe.. tanya le.. tak jd masalah humayra.. boleh pos..:-)

    ReplyDelete
  9. Ooo...emm boleh minta email akak tak?

    Nak stori mori..tengsss..:O))

    ReplyDelete
  10. Humayraa: zefa_asmara@yahoo.com
    ada FB tak? ad akak Zefa Ibu Maryam

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...