Follower

Thursday, July 10, 2014

Cara Membaca Qunut Nazilah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Allah! Allah! Allah! Baru-baru ini Gaza diserang lagi oleh Israel laknatullah. Banyak gambar-gambar rentetan peristiwa yang disebarkan diinternet sungguh meruntun jiwa. Tak sanggup rasanya melihat penderitaan-penderitaan itu.

Sebagai saudara seIslam, marilah kita sama-sama menadah tangan, memanjatkan doa untuk saudara kita di Palestin sana dengan membaca Qunut Nazilah.

Kita digalakkan membaca Qunut Nazilah ini ketika ditimpa kezaliman, bencana, musibah dan sebagainya supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

 Doa Qunut Nazilah dibaca bertujuan membantu dan mendoakan saudara-saudara Muslim yang terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin.


Berikut ibu kongsikan cara membaca Qunut Nazilah yang dirujuk dari laman web JAKIM 

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. 

Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.
Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. 

Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut: 

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh. 
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran  
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah . 

Peringatan: 
Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.


  Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut. 




 Maksudnya: 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”


3 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian ini, Zefa. Kalau berkesempatan sy nak share di blog sy pula.

    ReplyDelete
  2. Surau tempat kakak dah mulakan pembacaannya dah..
    Hanya ini yg kami mampu lakukan..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...