Follower

Tuesday, July 22, 2014

I am a Supir Mom


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi maha Penyayang

Baca betul-betul ye, Supir Mom bukan Super Mom. Hehe.. Sepanjang Ramadhan 1435H memang ibu jadi Supir Mom. Jadi driver kepada anak-anak sendiri..

 Ini gambar semalam, Maryam tolong ambikkan lepas balik sekolah..

Menjadi anak-anak kepada ibu yang berkerja mengajar Yusuf dan Maryam menjadi anak-anak yang berdikari. Maryam dah mula naik van sekolah seawal umur 4 tahun lagi, Yusuf pula sejak masuk tahun 4 pasrah bila ayah kata kena pergi sekolah agama jalan kaki. Sekolah dia jauh tau dari Taska, tapi ayah nekad nak nak suruh anaknya berdikari. Anak lelaki kena kuat kata ayah..

Ramadhan tahun ni kita diuji dengan cuaca yang panas terik. Hati ibu mana yang sanggup membiarkan anak-anak yang berpuasa terpaksa menempuh semuani. Lagi-lagi bab kena jalan kaki pergi sekolah..

Makanya ibu nekad, dengan izin bos setiap tengahari memang ibu ulang alik dari pejabat urus anak-anak balik dan pergi sekolah (sesi pagi dan petang). Maka perjalalan Klang - Shah Alam - Klang ditengahari buta yang panas terik dah menjadi rutin. Ibu ni duduk Shah Alam, tapi kerja di Klang..

Ada sekali tu ibu tak dapat balik, ayah pulak memang busy memanjang. Yusuf kata dia jatuh masa berjalan sebab letih sangat. Huhuhu.. Nak nangis ibu dengar sebab sekali tu jelah ibu tak boleh balik..

Tu pun setiap hari ibu beri mereka Meal Shakes dan Performance Drink sebagai ikhtiar supaya mereka dapat berpuasa dengan cuaca yang sangat-sangat panas ni.. Bayangkan kita yang dewasa ni pun 'terduga' dengan cuaca macam ni, apatah lagi budak-budak. Ibu pun ambik dua-dua supplemen tu dengan ESP sekali..

 Set Puasa Bertenaga Shaklee

Inilah supplemen yang ibu dan anak-anak amalkan sepanjang bulan puasa ni. Kelebihannya ada ibu kongsikan dalam entry Tips Kekal Cergas Walau Berpuasa..


 Ini gambar ibu dan Maryam tengahari semalam. Abaikan wajah tanpa tatarias yang nampak pucat itu.. Hehe..


 Abang Yusuf nak pergi sekolah agama. Gambar candid, tak sempat senyum. Masam je dia..

Pejam celik, pejam celik dah nak sebulan pun ibu jadi Supir Mom untuk anak-anak. Pengorbanan tenaga, masa, minyak dan tol. Bayangkan sehari berapa kali lalu tol Sungai Rasau..

Tapi ibu cuma nak gambarkan semua dengan perkataan 'ibu bahagia'. Tak dapat nak diluah dengan kata-kata bahagianya dapat ambik dan hantar sendiri anak-anak ke sekolah. Keselamatan lebih terjamin dan hubungan anak-anak dengan ibu lebih rapat.

Hampir setiap pagi Yusuf dan Maryam tanya; "Harini ibu ambik ke tak?" Bila ibu jawab ye, dua-dua melompat 'Yeay!'..

Nampak tak 'isyarat' kegembiraan mereka tu? Huhu.. Mudah-mudahan dimurahkan rezeki ibu untuk cepat-cepat jadi WAHM. Amiin..


6 comments:

  1. insya allah.. impian ibu akan jadi kenyataan...

    ReplyDelete
  2. Begitulah kegembiraan anak sebenarnya adalah lebih kegembiraan kita juga.
    Alhamdulillah ganjaran berganda di bulan mulia.

    ReplyDelete
  3. Mudah-mudahan kak...amin...

    ReplyDelete
  4. Insya Allah, yus doakan. Memang anak2 rasa lebih seronok bila ibu yg uruskan sendiri. Mcm anak2 yus tahun lepas naik van sekejap sebulan sblum yus bersalin sampailah akhir tahun, semua dah mengeluh. Bila tahun ni kata ibu jd supir semula, semua bersorak gembira.

    ReplyDelete
  5. dugaan betol tggl di bandar ni ye kak..
    mana bekerj lagi, nk urus anak2 lagi..
    tapi sy cukup respect pd kaum ibu2 yg
    bekerja dan mampu urus hal anak2 & keluarga ni..
    sy yg belom kawen ni bdoa moga2 nti sy juga
    mampu uruskan keluarga sebegitu hehe :)

    ReplyDelete
  6. Insyallah
    . Moga allah swt pmudahkan.. bgsnya maryam n yusof seusia 4thn dh blh bdikari sdri

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...