Follower

Friday, July 11, 2014

Kisah Maryam dan Latihan Taekwando


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Maryam mula mengikuti latihan taekwando bermula 23 Februari 2014. Tu diaaa, dah nak masuk 5 bulan baru ibu dia nak tulis di blog. Rajin sungguh ibu dia. Hihi..

Tapi, yang kawan dengan ibu di FB banyak kali dah kut nampak status ibu pasal budak ni berlatih taekwando. Ada juga cerita sikit di entry INI.

Alkisahnya, Maryam bawa balik borang penyertaan sejak awal tahun lagi. Tapi tak ada keputusan dibuat. Kejap dia kata nak, kejap dia kata tak nak. Ibu memang galakkan, tapi tak paksa. Sebab tu ibu tunggu dia sendiri buat keputusan.

Macam Yusuf, awal-awal lagi dia kata tak nak. Sebab dia nak fokus kelas tahfiz. Ibu dan ayah akur aje dengan keputusan dia.

Hujung bulan dua, tiba-tiba Maryam kata dia nak masuk taekwando. Ibu pun bawak dia ke sekolah hari Ahad 23 Februari 2014. Ramai juga pesertanya, dan ada beberapa orang juga baru masuk mendaftar hari tu. 

Ini ada lah grup taekwando pertama yang diadakan di sekolah budak-budak ni. Kiranya peserta memang semua budak-budak yang baru lagi tentang taekwando.

Nak tahu apa berlaku pada hari mula-mula hantar register tu?


Hehe.. Ini Maryam yang sedang duduk atas riba ibu dan sekadar memandang latihan dari jauh.

Ibu dah register, dah bayar yuran, dah tempah baju, tiba-tiba dia kata tak nak? Huwaaaa.. Hadoii la anak manja ibu ni. Tapi ibu cool je, tak ada paksa-paksa. Ibu biar je dia tengok dari jauh. Sambil-sambil tu, ibu pujuk-pujuk jugaklah dia.

Lepas setengah jam ibu biarkan dia melayan perasaan sambil dengar pujukan ibu, ibu tarik perlahan-lahan masukkan dia dalam barisan budak-budak lain yang sedang berlatih. Dia pun dah ok dan mula ikut pergerakan yang diajar..


Tu diaaa, tampil ke hadapan. Sir sedang memberi pujian padanya kerana berjaya membuat tendangan yang bagus walaupun dia budak baru..

Adala sebulan juga dia cuma pakai tshirt dan seluar sukan untuk berlatih sebab baju taekwando yang ibu order dapat lambat..

Kat bawah ni sedikit aksi dia sedang berlatih..








Sekarang ni Maryam dah tali pinggang kuning yang pertama. Dah nak test grading yang kedua dah pun. Alhamdulillah, dia dapat mengikuti latihan dengan baik. Cuma bila bulan puasani, nampak jugalah dia tak berapa larat. Budak baru nak belajar puasa katakan.. Latihan pula sebelah petang, lagi lah.. Huhu..

Apapun, ibu mengharapkan agar Maryam bersungguh-sungguh dalam latihannya. Ibu tak mengharap banyak, yang penting dia ada keyakinan diri dan mampu mempertahankan diri sendiri dalam situasi-situasi tertentu.

InsyaAllah, ada masa ibu sambung lagi Kisah Maryam dan latihan taekwando..

Terima kasih kerana sudi singgah ke Jemari Asmara :D

4 comments:

  1. Nasib baiklah Maryam last2 nak jgk masuk kelas Taekwando tu,kan skrg dah tali pinggang kuning yg pertama,anak2 akak memang sgt nak ikut kelas taekwando ini,tapi masa kelasnya x sesuai dgn kitaorg yg selalu blk kpg.

    ReplyDelete
  2. Bagus dari kecik lagi dah minat belajar benda2 macam ni...

    ReplyDelete
  3. Bagus Maryam!teruskan usaha!chaiyok2.. :)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...