Follower

Tuesday, July 15, 2014

Khasiat dan Kegunaan Cuka Epal


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Beberapa minggu yang lepas Ayah Yusuf bawa balik sebotol cuka epal. Lantas si isteri buat-buat bertanya, apa khasiatnya?

Jawapannya? Ringkas; cuka epal bagus untuk kesihatan..

Tidak puas hati dengan jawapan ringkas si suami itu, maka si isteri mencari jawapan. Cuka adalah salah satu dari makanan sunnah, pasti banyak khasiatnya. 

Malam ini ibu berkesempatan menulisnya di Jemari Asmara. Jom kita tengok apa khasiat cuka epal dan cara kegunaannya..


Cuka epal


Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal diasingkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semulajadi.

Antara khasiat cuka epal adalah:-
  • Merangsang pemecahan lemak
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Menguatkan tenaga dalaman
  • Melawaskan usus besar dan kecil
  • Masalah kulit seperti jerawat
  • Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
  • Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
  • Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan
  • Melembapkan dan menegangkan kulit
  • Mencegah dan mengawal selulit
  • Meredakan sakit dan sengal sendi
  • Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
  • Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulser
  • Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
  • Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
  • Meningkatkan kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah
  • Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
  • Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak dan sebagainya.
  • Melangsingkan ketulan lemak yang tidak perlu terutama di bahagian perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha. (sumber)

Sahabat blogger Ummu Muhammad pernah menyebut dalam blognya, 

Sekiranya anda ditakdirkan Allah menghidap masalah kutu air, gunakanlan cuka untuk mematikan kutu-kutu tersebut. MashaAllah memang menggerutu si kutu di bawah lapisan kulit kita. Saya pernah gunakan untuk menyapu bahagian berdekatan bekas bisul Abdullah yang seakan mahu timbul semula. MashaAllah, hilang benjolan seakan mahu bisul kembali itu.

Wah! Banyak kelebihannya ye.. Tapi macam mana cara penggunaannya? Google punya google sampai ke entry Cara Menggunakan Cuka Epal dan Kurma di blog Dr Zubaidi.. 

Dr Zubaidi kata:

* Campurkan 1-2 sudu teh cuka ke dalam air suam untuk mengurangkan kepekatan asid cuka dan boleh juga dicampur dengan sesudu madu asli. Cuka epal yang telah dibancuh dengan air boleh diminum pada waktu pagi atau malam.

* Cuka ini juga boleh digunakan dalam masakan. Kebiasaannya ia digunakan untuk memerap daging supaya tahan lebih lama, lebih lembut dan rasa yang enak..

* Walaubagaimanapun, cuka epal dan kurma tidak sesuai untuk semua orang. Dr Zubaidi menasihatkan pesakit diabetes dan gastrik untuk berhati-hati jika menggunakannya..

Cuka epal
Inilah cuka epal yang Ayah Yusuf beli. Cuka epal dari Turkey..

Rasanya masam-masam sedap. Semoga kami sekeluarga istiqomah dengan makanan sunnah ini..

Buat kawan-kawan yang ada jual secara online cuka epal ni, boleh tinggalkan nama dan nombor yang boleh dihubungi di bahagian komen. Mana tahu, pembaca entry tulisan ibu ni ada yang berminat nak beli cuka epal. Perkara baik, kita sebar-sebarkan. Kan?

Baiklah, sampai di sini dulu. Hingga berjumpa lagi..


2 comments:

  1. Ape name cuke tu ibu....byk kt market tp xtau yg mane 1 nk beli...

    ReplyDelete
  2. serius tak pernah makan cuka epal
    teringin nak cuba.
    thanks kak berkongsi ilmu..
    alhamdulillah setakat makanan sunnah yang lain dah diamalkan..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...