Follower

Monday, July 7, 2014

Petua Banyakkan Susu Ibu


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Beberapa hari sebelum Ramadhan, ibu didatangi seorang kawan yang bertanya tentang penyusuan. Kawan ibuni baru je masuk kerja semula selepas 3 bulan cuti bersalin. Jadi dia mencari info tambahan..

Kalau ikutkan, ibu Yusuf dan Maryam ni dah 5 tahun tinggalkan zaman penyusuan. Almaklum, anak bongsu pun dah 7 tahun umurnya. Tapi membawa peranan sebagai SID memerlukan ibu sentiasa prihatin dengan isu-isu penyusuan.


Susu ibu
Sumber gambar: e Fatwa

Antara soalan yang paling banyak diterima tentang penyusuan ialah; Bagaimana nak banyakkan susu dan apa petua susu jadi banyak?

Sebenarnya, konsep utama dalam membanyakkan susu ialah suply vs demand atau pun pengeluaran berkadar langsung kepada keperluan. Ianya bermaksud, susu yang dihasilkan oleh ibu berkadaran dengan keperluan si anak. Banyak permintaan anak (menyusu), banyaklah susu yang dihasilkan.

Susu ibu
 Sumber gambar: Google

Jadi, untuk membanyakkan susu, ibu-ibu perlu membanyakkan permintaan kepada susu ibu.
  • Pastikan anak menyusu dengan kerap pada awal kelahiran
  • Susukan bayi pada bila-bila masa dia lapar
  • Susukan bayi dengan kedua-dua belah payudara
  • Ibu-ibu hendaklah berada di dalam keadaan tenang semasa menyusu atau pun mengepam agar hormon oxytocin yang bertindak mengeluarkan susu dari payudara ibu dapat dirembes dengan baik.
  • Untuk ibu-ibu yang berkerja pastikan susu dipam mengikut jadual

Susu ibu
 Sumber gambar: Google

 Ibu-ibu menyusu juga elok mengamalkan zikir dan doa. Antara zikir dan doa yang boleh diamalkan:
  • Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Yang Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Ibu-ibu juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
  • Baca doa untuk ibu-ibu- "Ya Allah...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
  • Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
  • Baca surah Al Baqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun...InsyaAllah



Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi". 

Selain itu, ada juga petua orang tua-tua yang boleh diamalkan dan dijadikan ikhtiar membanyakkan susu. Antaranya:

  • Pucuk betik: Amalkan makan pucuk betik yang direbus sebagai ulam, manakala airnya rebusannya boleh diminum
  • Lobak putih: boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus. Juga enak dijadikan sup lobak putih..
  • Jantung pisang: jantung pisang rebus bukan sahaja enak sebagai ulam-ulaman tetapi juga dikatakan mampu membanyakkan susu badan
  • Kurma: Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu
  • Daun sireh: sapukan sedikit minyak pada daun sireh dan layurkan pada api sehingga layu. Tuamkan pada payudara setiap hari, ia dikatakan mampu melancarkan pengeluaran susu

Susu Ibu
 Sumber gambar: Google

Apa sahaja petua yang diamalkan, dari sudut pemakan yang paling penting ialah makanan yang seimbang dan banyakkan minum air kosong setiap hari.. Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan yang lengkap dengan vitamin dan mineral.

Bagaimana pula dengan milk booster?

Alhamdulillah, ramai ibu-ibu menyusu yang mengambil ESP dan Alfafa sebagai makanan tambahan sangat berpuas hati dengan peningkatan kuantiti susu mereka..
Double Milk Booster
  
Untuk lebih perkongsian testimoni klik SINI.

Klik sekarang untuk membuat pesanan. Pembelian boleh dibuat dengan menggunakan kad kredit atau debit.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=37bc5e7fb6931a50b3464ec66179085f


NOTA:

* Anda digalakkan untuk mendapatkan khidmat konsultasi sebelum membeli mana-mana produk. Pastikan anda mendapat ilmu dan maklumat yang selengkapnya sebelum membeli.

* Produk-produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi:
Puan Zefa NorAsmara Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee Indipendent Distributor (ID: 909824)
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
FB page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat
Email: zefa_asmara@yahoo.com

1 comment:

  1. yg penting ada semangat nak teruskan penyusuan susu ibu n menunaikan hak anak,Insyaallah Allah bantu..:)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...