Follower

Thursday, July 3, 2014

Tarawih ke5 Ramadhan 1435H: Tewas Selepas Rakaat ke 4


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ini cerita malam tadi.. Menjelang malam ke 5 Ramadhan 1435H, ibu membuat keputusan untuk bertarawih kat rumah aje. Sebabnya, belum-belum lagi Maryam dah mengadu letih.

Ye lah, ibu pun faham. Umur baru 7 tujuh tahun, sekolah seharian, berpuasa, cuaca panas pula tu. Kita yang dewasa ni pun rasa letih, apatah lagi kanak-kanak kan?

Yusuf? Dia memang ahli masjid tak kira letih ke tak. Azan je cepat-cepat dia berbuka, bila qomat je dia cepat-cepat berdesup ke masjid. Alhamdulillah rumah sebelah masjid je. Biasanya memang dia tak balik sampailah habis tarawih. 

Lepas maghrib berjemaah, ayah kata Yusuf sambung makan lagi kat masjid. Lepas tu main. Adeh la anak. Ibu risau juga, sebab masa jemaah tengah solat punyalah bising budak-budak bermain. Tapi statement ayah buat ibu lega. Ayah kata, main-main Yusuf ni, masa solat dia solat, dia tak main masa orang solat. Alhamdulillah..

Balik cerita ibu dan Maryam, kami solat Isyak berjamaah di rumah. Terus sambung tarawikh.. Masa rakaat 1 dan 2, ada makmum lagi. Rakaat ke 3 dan 4 pun masih ada makmum. Habis baca doa, nak sambung rakaat 5 dan 6, tengok-tengok..

 Alahai, tewas dah anak ibu. Kesian dia..

Tapi gambarni ibu ambik lepas habis solat ye, karang ada pulak yang kata tengah tarawikh ambik gambar. Hehehe..

Tiba-tiba teringat 1 kata-kata yang menjadi viral di FB, ayatnya tak ingat la. Tapi lebih kurang pasal orang agama lain lepas bakar colok ke, lepas balik kuil ke, tak ada pula buat status di FB. Tapi orang kita, siap buat status 'done tarawih malam ni".. Huhu..

Tapi bagi ibu, ibu buat entry bukan nak menunjuk ke apa. Jemari Asmara ni kan rakaman peristiwa dalam kehidupan kami. Yang ibu rasa, tidak terlalu sulit untuk dikongsikan dengan rakan-rakan blogger dan pembaca. Buat tatapan diri sendiri dan anak-anak suatu hari kelak..

Okay lah, sampai di sini dulu. Hingga jumpa lagi.. Ibu akhiri dengan soalan:

Mana 1 yang betul? Terawih atau tarawih?

 

4 comments:

  1. Salam ukhwah, singgah sini jalan-jalan blogwalking dari senarai peserta Segmen Jom Blogwalking # 1 By diarymissnick.blogspot.com..done follow sini.. Salam ramadhan, salam ceria dari MyCherita

    ReplyDelete
  2. Ok la tu... kecik lagi... janji dia ada semangat nak berterawikh hehe... cian tertido... ada jugak terbaca pasal status kat fb tu... bagi eynda yg penting niat... kekadang org yg perli2 tu la yg nak kena cuci hati hihi...

    ReplyDelete
  3. Alolo kesiannya, penat sgt tu smpai trtidur.
    Akak pn sgt2 brsyukur sbb surau dpn rumah. Sejak kecik ayah dh latih 4farahs n farouk ke surau. Skrg ni farouk jd mamat surau. 1 mlm xde semua pakcik2 trtanya2 dia pergi. Lagipn ayah pengerusi surau so kalu meeting pasti ada farouk..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...