Follower

Friday, July 18, 2014

Shaklee Sokong Israel?


Benarkah Shaklee menyokong Israel?

Disaat Gaza diserang, isu ini kembali meletop-letop baru-baru ini. Ramai mensesasikan isu ini dan ramai rakan-rakan SID dibedil sama. Allah, Allah, Allah..



Laman web inilah isu utamanya. Terang-terang memaparkan logo Shaklee didada laman web yang menyokong Israel. Pastinya mengundang rasa gusar di kalangan umat Islam Malaysia khususnya.

Alhamdulillah, itu menunjukkan betapa prihatinnya kita. Namun, bagi ibu sebagai seorang yang rasional janganlah kita terus membuat tanggapan hanya dengan melihat sekeping gambar. 

Jujurnya ibu antara mereka yang 'sentap' dengan isu sokongan Shaklee terhadap Israel. Manakan tidak, Shaklee adalah sebahagian dari sumber pendapatan ibu. Tapi sebagai seorang yang rasional ibu mengambil tindakan mencari maklumat sebenar. Ibu tak mahu tergolong dalam golongan yang baca tajuk sahaja, terus hentam! Tengok gambar print screen sahaja terus tekan butang share tanpa tahu perkara sebenar.


Ini adalah jawapan pihak Shaklee. Jelas dan nyata disitu bahawa Shaklee tidak menyumbang secara langsung terhadap Israel. Ibu tak mahu ulas lebih lanjut, cukuplah dengan penafian pihak Shaklee terhadap isu sokongan terhadap Israel itu.

Isu ini sebenarnya meningkatkan lagi semangat ibu untuk berjaya dalam bisnes. Ibu mahu menjadi seorang kaya. Ya kaya dunia hingga mampu membantu lebih ramai pihak yang memerlukan. Jika golongan seperti mereka boleh menjadi penyumbang kepada apa yang mereka sokong, mengapa tidak kita.

Jom ramai-ramai kita membantu saudara seIslam kita di Palestin sana.

Derma boleh dibuat melalui online ke bank berikut: 
Bank Islam:12029010047880
 
Maybank:562263010787
 
CIMB: 8600460353
 
BMuamalat:12070005133717 
 
RHB Bank:21245760004907
 
Bank Rakyat: 220806195922
 

Selain itu sama-sama kita membanyakkan doa untuk kesejahteraan saudara-saudara kita di Palestin sana. Alhamdulillah, qunut nazilah juga dibacakan hampir disemua masjid dan surau dinegara kita. Semoga doa kita diterima Allah swt.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...