Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Mula-mula ibu nak buat entry WW je gambar ni tapi takut ada yang tak faham pula. Hehe.. Okey, kita cerita ringkas-ringkas aje..
Ini cerita hari Ahad yang lepas.Setiap Ahad petang Maryam ada latihan taekwando. Sepanjang Ramadhan 1435H dah 3 kali Maryam hadir latihan taekwando walaupun sedikit 'lembik'..
Tapi Ahad yang baru ni, ini yang jadi..
Selesai solat Zuhur dia dah buat muka kesian. Pakai seluar pon slow motion je. Tiba-tiba dia baring kat lantai.
"Adik tak larat la ibu.."
Alahai kesian anak ibu. Ibu pun faham sebab Ahad baruni cuaca paaaanas sangat. Okeyla dik, tak payah pergi. Kita rehat tidur tak payah pergi teakwando. Sudahnya dengan ibu sekali selamat zzzzz sampai petang. Sedar-sedar dah azan Asar.. Haha.. Ambik kesempatan betul la ibu dia..
Setakat Maryam mulai ikut latihan taekwando ini kali kedua ponteng latihan. Sekali masa balik Terengganu, sekali yang baru-baru ni. Harap lepas ni dah tak ada sesi ponteng-ponteng ni..
Sekian cerita Maryam ponteng taekwando :D
alahai.sian dia..
ReplyDeletemmg btul2 penat ni
Kalau kita ni pun terasa letihnya apa lagi Maryam yg masih kecik tu..
ReplyDeleteKesian kakak tengok.
Kepenatan sungguh Maryam tu Zeefa.. elok terbaring atas tile tu.. lena sungguh..
ReplyDelete