Follower

Wednesday, July 16, 2014

Keluarga Sihat Shopping Raya


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Keluarga sihat? Ye, kan ibu + ayah + Yusuf + Maryam = Keluarga Sihat.. ;-)

Semalam cuti umum sempena Nuzul Al Quran. Jadi kami mengambil kesempatan untuk shopping raya.  Ayah kata jom Klang Parade! Ibu okey aje. 

Sampai je terus masuk Parkson dan kami berpecah dua kumpulan. Macam ramai je ahli famili sampai kena pecah dua kumpulan kan? Hihi.. Bukan apa, nak cepatkan proses memilih dan membeli..

Ayah dengan Yusuf, ibu dengan Maryam. Tapi sudahnya tak ada satu pun yang berkenan dihati ibu dan Maryam dalam Parkson tu. Keluar balik masuk pulak Yes, pun tak ada yang berkenan. Sudahnya kami berdua jalan-jalan aje.


 Ni kat tingkat bawah sekali. Maryam possing depan pentas..


 Ni masa kat tingkat atas, naik ni sebab dah ternampak Mr DIY la pulak. Bukan Maryam je suka, ibu pun suka jalan-jalan dalam tu..


Dah sudah, baju raya tak berhasil tapi mainan pula dikejarnya. Huhu..


Siap ambik troli bagai, macam banyak je yang nak dibeli. Tapi sudahnya ibu cuma beli stokin dan Maryam dapat 1 kotak Lego..

Kemudian kami berempat berkumpul semula di Kamdar. Ayah dan Yusuf berhasil dah nampaknya, keluar Parkson bawak 2 beg plastik. Ibu dan Maryam? Apa pun tak de..

Masuk Kamdar pun tak ada yang memikat hati. Cerewet betul 2 beranak ni.. Sudahnya, kat Kamdar ni Yusuf yang dapat lagi baju. Ayah beli sepasang baju melayu untuk dia.

Nampak tak, beza orang laki dengan perempuan shopping? Hoho..


Selamba bersila dilantai sambil tunggu ayah bayar baju..


Kena paksa ambik gambar dengan ibu. Hihi..

Alhamdulillah, walau tak lengkap tapi sebahagian dah selesai. Ada kesempatan, kita pergi shopping lagi. Kalau tak sempat, pakai aje apa yang ada. Boleh gitu?

Kawan-kawan dah selesai shopping raya ke?

4 comments:

  1. Haha.. sama la dgb lya.. mmg cerewat gak pilih bju.. ada j y x bkanan.
    Tu la.. org lelaki skali tgk.. trs ambk.. sng kan.. kt ni kemain teliti

    ReplyDelete
  2. belum sempat lg... semlm pergi tengok orang ramai sangat.. dgn 2 org budak kecik tu... kami plan nk kena ambik cuti baru leh gi shopping raya..

    ReplyDelete
  3. Hubby & anak2 dah settle bab raya...maknyer ni satu apa pun belum lagi hehe... betul la...hubby paling senang nak shopping... kejap je bab dia dah settle :-D

    ReplyDelete
  4. Betullah... sebab itu ibu dan Maryam kena shopping 3-4 kali berbanding Yusuf dan ayah sekali semua dpt:)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...