Follower

Wednesday, February 8, 2012

HADIS PALSU: MENUNTUT ILMU WALAU KE NEGERI CHINA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Sumber: Google

Hari ini ibu nak kongsikan sesuatu yang ibu ambil dari blog Worl Ad Dien (WADIe) dengan izin pemiliknya.. InsyaAllah, semoga aktiviti berblog kita bukan sekadar aktiviti kosong.. Sama-samalah juga kita isikannya dengan ilmu dan perkongsian yang positif.

HADIS MAUDHU' (PALSU): MENUNTUT ILMU WALAU KE NEGERI CHINA

Hadith Maudhu' (موضوع) bermakna hadith yang palsu, dibuat-buat atau direka-reka dengan sengaja atau bersebab. Hadith maudhu' direka dan kemudiannya dinisbahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana hadith sahih dan hasan yang benar. Ia tergolong dalam kelompok hadith-hadith yang dhoif dan menurut Ibn Solah, hadith maudhu' adalah dalam kategori hadith dhoif yang paling teruk sekali. ('Ulum al-Hadith).

Antara hadis yang dikategorikan dalam hadis maudhu' adalah:


اطْلُبُو الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصَّينِ
Tuntulah ilmu walau ke negara China

Takhrij:

Hadith ini dinilai maudhu' oleh ramai muhaddith dalam kitab-kitab karangan mereka. Antaranya ialah:

1. Syeikh Al-'Ajluni dalam kitabnya Kashf al-Khafa'
2. Syeikh Ali al-Qari dalam kitabnya al-Maudhu'at al-Kabir.
3. Syeikh Al-Albani dalam kitabnya Silsilah Ahadith al-Dhaifah wa al-Maudhuah.
4. Syeikh Al-Arraq al-Kanani dalam kitabnya Tanzih al-Syariah.
5. Syeikh Al-Jarrahi dalam kitabnya  Kashf al-Khafa'
6. Syeikh Bin Baz dalam kitabnya al-Tuhfat al-Karimah fi Bayan Ba'dhi Ahadith Maudhu'ah wa Saqimah

Hadith ini dinilai maudhu' kerana 'illah (sebab-sebab yang mencacatkan) pada sanadnya. Di dalam sanad tersebut terdapat seorang rawi bernama Abu Atikah Tharif ibn Sulaiman. Mengikut penilaian para muhaddith, beliau tergolong dalam rawi yang tidak thiqah, lemah dan salah seorang pemalsu hadith atau pereka hadith palsu. 

Huraian WADi:

Hadith ini antara yang sering bermain di mulut-mulut kebanyakan orang ramai tidak kira orang awam bahkan para agamawan yang turut terlepas pandang akan hal ini. Para blogger, dan facebooker juga dengan begitu mudah menyebarkan hadith maudhu' ini tanpa mengetahui akan kebenaran status kesahihannya. Tujuan mereka mungkin baik iaitu ingin menggalakkan agar rajib belajar dan menuntut ilmu walaupun hingga jauh dari tanah air. Ada juga di antara mereka yang berhujah bahawa Rasulullah menggalakkan umatnya menuntut ilmu hingga ke negara China. Ini adalah satu hujjah yang tidak tepat dan benar. 

Berkata Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz (Syeikh Bin Baz):

"Seandainya ini adalah hadith sahih, maka ia tetap tidak akan menunjukkan kelebihan dan keutamaan negara China dan juga rakyatnya. Maksudnya ialah hadith ini sekiranya ia sahih, ia menunjukkan keutamaan mencari ilmu itu walaupun ianya terpaksa menempuh jarak dan perjalanan yang jauh dan panjang. Justeru itu maksud hadith ini bukanlah menggalakkan untuk ke negara China itu sendiri kerana ia amat jauh dari tanah Arab" (al-Tuhfat al-Karimah fi Bayan Ba'dhi Ahadith Maudhu'ah wa Saqimah)

Beberapa Hadith yang sahih berkenaan menuntut ilmu yang boleh digunapakai oleh kita adalah seperti berikut:


طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلَّ مُسْلِمٍ
Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap Muslim (Riwayat Ibn Majah, Sahih)

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًايَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ الله لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan untuk ke syurga (Riwayat Muslim, Sahih)

Nota ibu Yusuf:
Jelas, ilmu dan pengetahuan sangat penting dalam diri. Jika tidak, kita hanya akan jadi manusia yang mengikut-mengikut. Menyebut apa yang orang sebut. Adakalanya tidak sedar, yang disebut oleh ramai orang itu tidak semestinya betul..
Jujur, ibu Yusuf bukan bijak pandai dalam bidang hadis. Maka ibu sekadar, copy dan paste entry ini. Tiada ulasan sendiri..
Semoga apa yang dikongsikan di sini, memberi manfaat kepada orang lain. Sekiranya ada teguran atau pandangan boleh terus ajukan kepada WADIe ya..
Wassalam..



11 comments:

  1. pelajaran yang amat bermanfaat, thanxs sharing, teringat pula di zaman form 4 dan form 5, belajar hadis.



    slm prknalan dr ummi myra

    ReplyDelete
  2. baru sy tahu..sebelum ni memang hairan gak kenapa negeri china tidak negeri lain.moga membuka mata ramai pihak..

    ReplyDelete
  3. Memang pernah dengar dan pernah gunakan utk beri motivasi kpd murid2.. Thanks Zefa

    ReplyDelete
  4. Thanks 4 sharing....kata2 ini telah digunakan sejak akak dibangku sk rendah lagi....cikgu2 n ustaz2 biasa gunakan utk motivasi....

    ReplyDelete
  5. banyak hadis yg biasa kita guna zaman budak2 dulu tak sahih. kena banyak membaca utk tahu. terima kasih atas info ini.

    ReplyDelete
  6. Dalam riwayat at-tabrani, kita kena mulakan pagi kita sebagai seorang guru, atau pelajar atau pendengar atau orang yang cinta akan ilmu dan jangan jadi orang kelima iaitu orang yang akan binasa.

    mengapa golongan tersebut akan mendapat kebinasaan?

    ReplyDelete
  7. mengingatkan diri saya sendiri..perlu ada ilmu bukan setakat berpengetahuan sahaja. berilmu perlu ada guru yang betul dan benar. Tq atas info ini.

    ReplyDelete
  8. Tq atas info ini. Mengingatkan diri saya sendiri..agar berilmu bukan setakat berpengetahuan sahaja.

    ReplyDelete
  9. Ooostad-oostad dari Ubasiti Al-Azhar,
    kaki ponteng kelas, ambik peperiksaan soalan bocor. Ini lah depa bawak balik.

    "Pergilah shopping walau pun sampai Vietnam" <--- saya rasa ini lebih bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik tanpa nama, apa maksudnya tu? Sy tak faham..E

      Delete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...