Follower

Saturday, December 25, 2010

Ajalnya Kerana Barah Payudara..


Hari ini ibu tiba-tiba teringat topik perbualan ibu dengan seorang jiran semasa majlis rumah terbuka Aidilfitri yang lepas. Mungkin kerana 'kawan baik' ibu bakal datang dan ada simptom-simptom tertentu yang membuatkan ibu teringat kembali kisah itu.

Jiran ibu menceritakan menantu perempuannya telah meninggal beberapa bulan yang lepas dalam usia 31 tahun. Ajalnya kerana sudah ditentukan Tuhan namun penyebabnya barah payudara.. sangat menyentuh hati ibu tatkala tahu dia meninggalkan 3 orang anak yang masih kecil.

Lebih meruntun hati, penyakitnya dapat dikesan semasa mengandungkan anak ketiga. Tetapi kerana cintanya terlalu mendalam terhadap bayi yang dikandungkan, dia mengambil keputusan untuk menangguhkan sesi rawatan sehingga bayinya dilahirkan.

Namun Allah lebih menyayanginya, akhirnya dia dijemput jua oleh yang Maha Esa.
Ajalnya kerana sudah ditentukan Tuhan, namun puncanya lewat menjalani rawatan.

Andai kita ditempat dia, sanggupkah kita 'melepaskan' bayi itu? Sukar untuk ibu jawab.

Ibu bertanya pada diri sendiri, 'apa usaha pencegahan yang ibu dah buat?'.
Kawan-kawan pula bagaimana? Mungkin kita boleh kongsi sesuatu..... sebelum terlambat.

4 comments:

  1. salam
    cancer payudara mmg ngeri....mak sedara k.zu, meninggal diusia 40 meninggalkn 10org anak. Yg paling kecil 6thn. Tapi, anak2 mmg didikan agama dan yg atas sume berjaya ke oversea...tapi kalau kena kat k.zu tak tahulah sbb anak 4org, yg kecil 3thn...mcmana agaknya perjlnan hidup mereka nnti.Harap2 kita dipanjangkan umur....Aminnn

    ReplyDelete
  2. Salam kak zu.. semoga kita dilindungi dr sebarang penyakit. Amin.

    K zu, terima kasih singgah di sini. tak sangka dpt kunjungan dari Qatar tuuuu... :-)

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan..

    Kita pun selalu kena beringat yg sakit ni pembunuh secara senyap,kan?Risau juga sebab saya pun tak banyak tau tentang sakit ni.

    ReplyDelete
  4. Salam ummu abdullah.. salam ukhwah dari ibu yusuf dan maryam juga.. lepasni sama2lah kita menggali maklumat ya.. :-)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...