Follower

Saturday, February 4, 2012

PML: SET MAHARANI YELLOW PIN ROSES - RARE!!


Edisi cuci mata..

Sekejapnya rasa masa berlalu.. rasa baru je buat entry sarapan pagi tadi. Tup tup, petang dah. Lama juga rasanya ibu tak buat entry tentang PML (pinggan mangkuk lama..) Harini cuci-cuci mata di APC (Antique Porceline Collector) @ FB, tiba-tiba rasa nak syer sesuatu juga.

Maka gigih ibu mengeluarkan set yang ada untuk sesi penggambaran. Ibu pilih koleksi YPR (yellow pink roses) ibu. Dulu dah pernah syer di entry INI. Tapi lama dah, masa tu creamer dan sugar potnya tak ada lagi..


 Set Maharani Yellow Pink Roses yang dikatakan rare.. 

Alhamdulillah, lengkap sudah. Set lengkap pertama yang ibu dapat dari apek. Cuma masatu tanpa creamer dan sugar potnya. Antara set yang paling ibu sayang (semua pun sayang..), tapi yang ni sayang lebih. Dah lah NOS (new old stock..), rare pula tu, cantik sangat-sangat..
 


 Teko yang sangat cantik.. 

Tanpa sedikit pun cacat.. Gold line yang jelas dan bersinar, sedikit tidak terjejas walaupun masa ibu dapat, surat khabar dalam kotaknya dah reput..


 Cawan yang sangat indah..

Lihat saja bibirnya yang berlekuk-lekuk.. Sungguh menawan. Bertambah menawan dengan gold line yang terang bersinar dan memancar.. Ewahh, kemain ayat kan?



Creamer yang menggoda..

Yang ini ibu dapat kemudian, beli online. Ibu tak pasti yang ini used atau NOS, tapi kondisi sangat tip top dan mantop. Sama macam geng yang jumpa di apek. Aha, ada orang kata buat apa ada creamer, bukan pakai pun. Ehhh.. ibu pakai je. Tak caya? Klik SINI..


 Sugar pot..

Yang ini ibu beli sekali dengan creamer. Hmmmm.. tidak sempurna. Ada sedikit kecacatan dan line goldnya juga hampir dah tak ada. Tapi, kerana ianya adalah sebahagian dari set maharani, maka ibu sambar juga..


Piring.. Cun..

Ini adalah sebahagian dari hobi ibu yang memerlukan kos yang tinggi. Harga PML sekarang bukannya murah.. Sekarang ibu dah stop hunting beria-ia. Kalau tiba-tiba ada depan mata, ibu belilah. Itupun kalau ada duit lebih. Tak macam mula-mula dulu, sampai Kelantan nun ibu pergi. Sanggup drive jauh-jauh. Sekarang, slow-slow aje..

Okeylah, sampai sini dulu. Nanti kalau rajin ibu punggahlah set yang lain pula. Hihi..

Jumpa lagi.. Salam sayang buat semua!!



7 comments:

  1. wah klu smp kelantan mmg tggi betullah minatnya dekat pml nie..hehe

    ReplyDelete
  2. minat zefa sama dgn kembar akak k.salmi..akak pn minat ttp blm ada ruang utk mengisi semua tu..skrg ni semua koleksi brg antik akak letak di galeri sejarah sk....

    ReplyDelete
  3. cantiknya,,saya suka tapi tak berkemampuan huhu

    ReplyDelete
  4. tak tahulah. tapi sy ni suka tgk je. tak reti nak smpn2 benda mcm ni. my SIL suka la smp MIL ckp ada pinggan mangkuk buat hiasan. nak buat apa? huhuhu...

    ReplyDelete
  5. Cantiknya set yellow pink roses ni. (tuannya pun cantik juga..hehe) Tambah pulak set maharani. Memang cantik.. Akak pun dah mula terpikat dgn set ni.. dh berangan lepas lengkap set bunga padi nak kumpul set ni pulak.. bila baca entry zefa ni, keinginan dah membuak2.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah Zefa.... terkesima melihat kecantikannya.... terkelu lidah untuk berkata.. sangat2 cantik

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...