Nuffnang

Follower

@@@@@@@@@@@@@@

SELAMAT DATANG KE JEMARI ASMARA


Selamat datang ke Jemari Asmara. Blog catatan jemari ibu tentang 'Keluarga Sihat' kami; ibu, ayah, Yusuf dan Maryam. Blog santai yang ada cerita jalan-jalan kami, makan-makan kami, cerita masak-masak ibu, hobi ibu.. Senang kata, cerita tentang kami sekeluarga..

Berinspirasikan sebuah keluarga yang sihat, ibu kini seorang Shaklee Indipendent Distributor (SID). Untuk info tentang Shaklee boleh rujuk pada sidebar kanan blog ya..

SID mesra anda:
Zefa NorAsmara bt Jubir (Ibu Yusuf & Maryam)
ID: 909824

Friday, February 3, 2012

UDANG GORENG TEPUNG ALA RESTORAN THAI


Jom main masak-masak!!

Harini, balik kerja ibu termenung dulu. Tak tahu nak masak apa sebenarnya. Dalam masa mencari idea tu, tangan ni main capai je bekas yang ada dalam peti ais. Ibu ambik 1 bekas udang, 1 bekas sotong.
Dah keluarkan, dah rendam.. pun tak tahu lagi nak masak apa. Petangni macam blur-blur sikit la pulak..

Ibu pun on lapyy, godek-godek dapur orang.. Maka inilah hasilnya..

v

v

v

v

Udang goreng tepung.. versi serabai.. kah kah..

Sebenarnya, ibu ambil resepi dari Lovely Kitchen.. Tapi ibu buat versi pantas dan lekas.Tak buat elok-elok pun, janji cepat nak siap.. Kepala udang tu ibu sayang nak buang, masukkan je dalam tom yam geng dengan sotong. Huhu..

Terima kasih buat tuan resepi asal, ibu kongsikan pula resepinya di sini..

Resepi Udang Goreng Tepung

Sumber: Lovely Kitchen

Bahan-bahan:
  • 20 - 30 ekor udang
  • 80 gram tepung gandum
  • 100 ml air
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit (kalau nak putih tak perlu letak kunyit)
Cara Membuatnya :
  1. Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan air dan kacau rata supaya tidak berketul.
  3. Biarkan selama 30 minit sebelum digunakan. Kalau masuk dalam peti sejuk lagi bagus.
  4. Udang di bersihkan. Buang kulit, tinggalkan sedikit kulit dibahagian ekornya.
  5. Keringkan udang dengan kitchen tissue. Pastikan benar-benar kering.
  6. Panaskan minyak yang banyak (boleh tenggelam udang).
  7. Pegang bahagian ekor udang dan celupkan rata ke dalam bancuhan tepung.
  8. Bahagian ekor tidah perlu bersalut tepung.
  9. Masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga keperangan.
  10. Angkat dan toskan.
  11. Hidangkan bersama sos pencicah kegemaran anda. Boleh guna sos cili thai, sos pencicah, sos cili, mayonis, tar tar sauce dan sebagainya. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Tips dari Lovely Kitchen:
  • Pastikan udang betul2 kering bagi mengelakkan dari minyak meletup yer....AWAS!
  • Mungkin jenis tepung yang berbeza sukatan air pun berbeza...bancuhan tepung jangan cair supaya boleh melekat pada udang. Dan jangan terlalu pekat.... 


Nota ibu Yusuf:

* Ibu agak-agak je semua sukatan sebab cuma buat dalam 15 ekor udang

* Ibu tak biar 30 minit pun.. cuma masuk dalam peti sejuk kejap sementara buang kulit udang dan panaskan minyak.. 

* Ibu tak celup pun udang tu, ibu gaul semua dengan tepung, kemudian tarik ekornya, baru masuk dalam minyak.. kes nak cepat la ni..


Jom buat kuiz ni!! Klik!!


16 comments:

  1. serabai ke? idok le? ok je... nampak sungguh menyelerakan..makan lak dgn tomyam time ujan2 nie kan..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya...dulu akak pernah buat tapi kenapa x segebu kat kedai tomyam tu...

    ReplyDelete
  3. JH: kat sini hujan juga td, tp ttp hangat dan berbahang.. :D

    ReplyDelete
  4. Kak Norlie: sy buat jgn kan tak gebu, serabai pula tu.. hehe.. tp tuan punya resepi buat gebu.. huhu..

    ReplyDelete
  5. wah udang..peeret sy nie..esok nak masak udang gak nie.haha..

    sy klu celup tepung gini buang semua kulit n ekor.sng nak mkn nti..:)

    ReplyDelete
  6. sedapnya nampak..tapi udang sekarang ni mahalsesangat heeh..terliur..tp simpan dulu

    ReplyDelete
  7. terliur nak makan udang goreng tepung ni hehehe

    ReplyDelete
  8. feveret wajib saya ni kalau mkn kt luar..

    ReplyDelete
  9. Tak buat elok2 pun nampak sedap.. agaknya kalau buat elok2 mesti menangis tauke restoran kat luar..:)

    ReplyDelete
  10. janji sedap. tu dah cukup. hehehe...

    ReplyDelete
  11. sy tak pernah masak ni, tapi suami selalu masakkan..hehe..bertuah sunggub bini dia ni ;p

    ReplyDelete
  12. UDANG!!!!!!!...feveret akak. xkira msk mcm mana semua sedap ditekak akak.....cuma akak alergik dgn udang....

    ReplyDelete
  13. Sedapnyer...ratah gitu je pun dah sedap...cicah sos cili thai :-)

    ReplyDelete
  14. Walaupun bukan kesukaan akak tapi anak2 suka.. semalampun akak masak ni

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...