Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Satu lagi entry tertunggak.. Selasa 07.02.2012 yang lepas kami ke Pantai Remis, Kuala Selangor. Saja singgah masa on the way balik kampung.
Sempat la juga 3 beranak ni bergambar..
Pantai Remis ni antara pantai peranginan di Selangor. Tapi pantainya tidaklah sesuai untuk mandi manda, sekadar ambil angin dan jalan-jalan boleh la..
Banyak gerai jualan di Pantai Remis ni..
Untuk yang bawa anak-anak tu bersedialah dengan RM ye.. Macam-macam ada, dari makanan, pakaian, mainan, macam-macamlah..
Medan selera pun ada. Ibu tak pasti apa menu yang ada, sebab masa kami sampai gerai baru buka. Yang ada cuma nasi putih, ikan bakar, kerang bakar, ABC dan air kotak. Yang lain-lain belum siap katanya..
Agak-agak Yusuf kata apa tu?
Kami order kerang, sotong, ikan cencaru, ikan pari.. semuanya bakar. ABC dan nasi putih. Meh nak komen satu-satu okey..
ABC.. RM3.00 semangkuk. Tapi sangatlah biasa-biasa, bahan pun ala kadar, susu pun macam tak ada. Cuma nampak special sebab dia cucuk sebatang wafer di atasnya. Lain kali kalau datang lagi, dah tak mau dah order ABC.. :-(
Kerang.. Sila rujuk tajuk di atas okey. Juga rujuk gambar ketiga dengan memek muka Yusuf. Tu Yusuf kata; "Eeee.. ada darah!!".. Hmmm, kerang tu tak masak sebenarnya. Kerangtu di masukkan dalam satu penyepit berjaring dan diletak atas api. Yang tepi-tepi, kerangnya rentung. Yang dalam-dalam banyak tak masak. Sabar ajelah..
Ikan cencaru.. Hmm, satu lagi versi RENTUNG!! Sampai ekor ikan tu rupanya sebiji macam arang. Cuma ibu tak snap gambar je, sebab masani tangan dah kotor makan kerang..
Ikan pari.. Alhamdulillah, yang ni okey sikit. Cuma daun pisangnya rentung dan melekat-lekat pada ikan..
Air asamya, bolehlah. Macam kat kedai-kedai ikan bakar lain juga..
Sudahnya, Yusuf yang beria-ia makan lapar tak berapa nak makan pun. Dia kata semua hitam-hitam. Huhuhu..
Ini adalah komen jujur dari seorang pengguna. Tiada niat nak buruk-burukkan peniaga disitu. Semoga ada penambah baikan dari segi makanan dan perkhidmatan yang diberikan..
Okeylah, ibu nak ke IKEA lepas ni. Jumpa lagi ya..
itu dekat pantai remis selangor kan? petang ni pun nabila nak pergi sana ngan family.hehe :D
ReplyDeletepernah kami order kerang, terus dicampaknya atas jaringan pembakar tanpa dibasuh terlebih dulu, ermmm sabo aje lah..
ReplyDeletetakut jek bace tajuk entry nih..hehehe
ReplyDeleteLama tak makan kerang..Tingin pula tengok Abang Yusuf makan..hehehe
ReplyDeleteBila trkena camtu terus hilang selera nk makan...n jwbnya cukup la skali makan2 tmpt mcm tu...........
ReplyDeletetak jujur lah peniaga tu jual kerang xmasak. kesian kat pembeli nk mkn tak blh.
ReplyDeletekalu makanan di order tak menepati tekak, buatnye tak abes le huhu
ReplyDeletenie kalu bw anak2 sy ke gerai yg ada mcm2 jualan nie pun mau rabak poket hehe
alahaii...kenapa laaa dia orang masak macam tu....???sekali jer orng singgah, lepas tu mmng serik...sepatutnya masak elok2...
ReplyDeletenak ikut g IKEA bolehhh...
ReplyDeleteAlamat baca saja dah macam kurang menyelerakan sebab tu kalau kemana2 selalu jadi hilang selera nak makan (kurus tak juga :) ).....
ReplyDeletetapi tang tulisan last tu...nak ke IKEA itu menyelerakan...
Salam,
ReplyDeleteMesti frustkan... ada org suka mkn kerang berdarah tau..erk.. :)
xpnh lg nana jmpa kerang b'darah..heee
ReplyDeletetp disebabkn kerang baru2 ni la kulit nana jd gtal2...huhu...tinggal parut kt lengan ni:(
Nana: Kerang tu tak masak, jadi warnanya merah2 macm tu. Tu yang yusuf kata ada darah.. hehe..
ReplyDeletesangat tak lalu kalau tgk kerang masih mentah kak... hmmm... peniaga2 kat situ kena take note lah pasni, bukan nak untung semata2 tapi kepuasan pelanggan mestilah diutamakan.
ReplyDeleteLor kerang tk masak sy pun tak lalu nak makan.ikan rentung tu mungkin ikan semalam,pastu dibakar semula kot.nasib2..klu makanan teruk camtu sekali jer la makan kt situ kan..
ReplyDeletewaa..sedapnya kerang bakar kalau dia masak btol2 kan..
ReplyDeletesyg diorang tak jaga bisnes bebetul..
xslm ibu yusuf & maryam..
ReplyDeletex penah smp sana..hihii
lwk la komen si yusuf
sume hitam2 hihihiii...
ingatkan pantai remis di perak.. hehehe..
ReplyDelete