Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Fuh!! Dapat juga akhirnya duduk buat n3. Kena cepat-cepat, sebelum masa rehat berakhir. Ini pun dalam keadaan termengah-mengah sebenarnya, baru balik dari lawatan ke rumah klien. Pening kepala drive tengah panas tau..
Semalam ibu cadang nak puasa sebenarnya.. terus tiba-tiba teringin nak makan tepung pelita. Gigih tengah malam buat tepung pelita, sebab kalau buat petang balik kerja takut tak sempat. Nak dijadikan cerita, tak jadi puasa pun atas sebab-sebab tertentu..
Apapun, tepung pelita tetap kena tayang. Sila maklum bahawa ibu dulu pernah mengalami satu peristiwa lucu yang ada kaitan dengan tepung pelita. Ibu ada kongsikan dalam entry Kisah Kecewa Tapi Lucu Gara-Gara Perasan @ 7 Ramadhan 1432H..
Jadi, bila buat kalini memang harus disimpan sebagai kenangan di Jemari Asmara..
Tepung pelita Jemari Asmara.. Lemak-lemak manis gitu, hehe..
Buat dalam gelas je, tak adanya nak buat acuan tengah-tengah malam buta. Gelas dah la gedabak besar, satu gelas tu sama dengan 3-4 biji tepung pelita kut..
Cloose up sikit.. lampu dapur romantik sangat.. gambar pun suram je..
Lembut je warnanya. Nak tahu cerita sebenar di sebalik warna kena baca sampai habis tau!!
Satu adunan dapat 7 biji gelas
Ibu kongsikan resepinya di sini. Maaf, ibu lupa ambil dari blog mana.. sebab ibu salin resepini dari bulan puasa yang lepas.
RESEPI TEPUNG PELITA
Bahan-bahannya:
Bahan A
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan (dikisar dan ambil airnya)
sedikit kapur makan
Bahan B
4 cawan santan
4 sudu besar tepung beras
sedikit garam
Cara-caranya:
1. Satukan semua bahan A dan masak di atas api. Kacau sehingga likat. Masukkan dalam acuan
2. Dalam periul yang lain, satukan bahan B dan masak di atas api. Kacau hingga pekat dan tuang di atas aduanan bahan A
3. Selesai..
Nota ibu Yusuf:
* Pengalaman kali pertama dulu ibu buat pahit. Ada yang kata sebab terlebih kapur, tapi ibu yakin sangat, sikit je ibu letak kapur.
* Ada juga yang kata, pahit sebab pandan yang diblend..
* Jadi, buat kalini ibu letak kuantiti kapur yang sama tapi, ibu gantikan pandan asli dengan 1 sudu teh pandan emelco sebenarnya. Tak letak pandan asli pun, pandan tu buat penyeri nak tangkap gambar je.. Hehehe..
* Hasil kalini, alhamdulillah tak pahit. Lemak dan manis secukup rasa..
* Walaupun, tepung pelita ibu Yusuf ni tak asli.. tapi rasanya sama je. Sedappp!!
Alamak!! Dah jam 2.00 petang.. sampai sini dulu. Jumpa lagi..
Ps: Ibu nak ajak kawan-kawan joint satu GA ni. Hadiahnya best, menarik dan tertarik. Jom laaa.. (klik SINI)
wah..memang nampak menarik tepung pelita ni..esok nak puasalah..ek tetiba??
ReplyDeleteSodap tu
ReplyDeletesedapnya ibu. dah lama nak mkn yg mak buat tp takde kesempatan lg. huhu.
ReplyDeleteKakak rasa pahit bukan kerana pandan tapi kapur... kakak blend pandan ok je...
ReplyDeleteCantik masuk cawan macam tu senang nak makan
aduh tergodenye...
ReplyDeleteKalau bulan puasa mmg selalu berbuka dgn tepung pelita ni... Sedap...
ReplyDeleteAnak saya memang suka makan kuih ni... tengok gambar pun dah terasa kesedapannya..
ReplyDeletetengok tepung pelita ni terus ingat mama akak...trkilan lak cz mama tringin nk makan ttp akak lupa nk beli...hu.hu.hu....
ReplyDeletesweet sgt tgk warnanya tu zefa...amat mengoda jiwa n raga....
sedapnya... peberet akak ni tapikan nak gtau sikit.. antara tepung beras dan tepung gandum jika nk buat kuih ni sedap lagi guna tepung gandum.. di tempat akak memang terkenal dengan kuih ni.. ia di kenali sebagai kuih Limas..
ReplyDeleteTimekasih berkongsi resepi, boleh dicuba..nampak sonang tu...:)
ReplyDeletedulu tak reti makn tepungpelita nie,sekarang suka,tp tak reti buat..sy klu bab kuih mmg fail.malas ada gak..selalunya beli jer..
ReplyDeletekuih dekat sp murah jer,tak padan klu nak buat sendiri..:)
cantiknya warna tepung pelita tu...memang tergoda...!!!
ReplyDeleteTerliur pulak.. dah lama tak makan tepung pelita
ReplyDelete