Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Ini adalah entry yang gambarnya sudah beberapa hari di dalam draf sebenarnya. Tertangguh-tangguh untuk dipubliskan sebab baru ada gambar je, ceritanya tak ada...
Ini kisah hari Ahad 05.02.2012 yang lepas.. Masjid Al Hidayah buat sambutan MaulidurRasul. Salah satu acaranya adalah pertandingan mewarna.. Ibu daftarkan Maryam untuk turut serta. Ini kali pertama Maryam joint pertandingan mewarna secara terbuka..
Suasana semasa pertandingan berlangsung.. Peserta lelaki dan perempuan diasingkan. Ce cari mana satu Maryam?
Kami sampai agak lewat.. Gara-gara dia juga. Bila ibu suruh bersiap, asyik-asyik kejap, kejap, kejap. Sampai lah ibu terpaksa guna kaedah paksa. Cepatttttttttttttttttttt!! Hehe..
Masa kami sampai, pertandingan dah pun bermula. Tapi kami bukan orang terakhir, adalagi yang datang selepas kami..
Hasil seni budak kidal.. cantik tak auntie-auntie semua?
Maryam kalau mewarna sangat teliti.. Kalau tenyeh warna memang menekan, jadi jemarinya cepat penat. Kejap, kejap rehat.. maka lambatlah nak siapnya..
Dia juga selalu mewarna dengan idea di 'luar kotak'. Kalau rambut, dia tak akan warnakan hitam, tapi mungkin biru atau hijau. Tengok saja hasil seninya, berwarna warni..
Ibu pernah juga jadi juri pertandingan mewarna, kalau cantikpun.. tapi kalau tak siap memang tak akan dipilih.. Huhu..
Ibu kecewa juga sebenarnya sebab dia Mengalah Sebelum Kalah, tapi takkanlah sebab pertandingan mewarna nak paksa-paksa anak sangat kan? Tak apalah, setidak-tidaknya dia nak turut serta..
Apapun, ibu doakan semoga anak ibu gigih berusaha untuk mencapai kejayaan kelak dan tidak mudah mengaku kalah.. Anak ibu boleh!!
LG Optimus 3D
cantik,warna warni lg:)
ReplyDeletehehe...maryam kidal mcm nana....kalo warna mmg suka tekan,sama kan kita maryam:)
cantik maryam mewarna..sayangnya tak siap...ttp xpelh, pngalaman prtama n moga lain kali maryam lebih tekun.....InsyaAllah...
ReplyDeleteBagi masa padanya... biar Maryam belajar melaui pengalaman..:)
ReplyDeleteZefa..anak ibu memang boleh.
ReplyDeleteteringat naka2 acik masa kecik dulu..memang suka mewarna ni..kalau masuk pertandingan..tak cemerlang pun..hadiah ketiga dapat jugak..
kalau dia minat melukis, better belikan meja riba kat dia..takdela terbongkok2 dia duduk cmtu..heheh
ReplyDeletepandainya maryam kaler... cantik
ReplyDeletebiasa kalau tangan kidal bakat melukis terserlah..dan kreatif..
ReplyDeleteTak mengapa kalau tak siap pun.. Baru kli pertama.. Yang penting tanamkan minat dulu.. Lain kali boleh cuba lagi.
ReplyDeleteTak apa kalau tak siap pun...(lebih kurang macam Sumaiyyah masa dia kecik2 dulu, jangan ada orang siap dulu dia pun mula lah )....
ReplyDeleteTAPI YANG PASTI MARIAM COLOUR NAMPAK CANTIK SAHAJA
Alahai, sygnya Maryam... Takoe nnt buat smp habis ye... Agaknye die penat tu :)
ReplyDeletelor sygnya sikit lg maryam tak siapkan..tp itulah takkan nak paksa2 sgt pulak..takpe lain kali boleh cuba lagi..:)
ReplyDeleteaiman klu mewarna masih comot2..tp klu ibu tgok n jerit jgn smp keluar garis baru elok sikit mewarnanya.hehe..
Aáh ,takpe pengalaman pertama tu..Lain pula ngan anak ummi,Nur kalu orang perhati dia buat keje dia akan stop..Pastu, bila orang dah tak tengok, kejap je dia boleh siap..huhuhu
ReplyDeletecomel hasil warna maryam.. takperla, lain kali boleh cuba lagi, warna sampai siap tau, sayang, boleh menang ni...
ReplyDelete