Follower

Saturday, February 4, 2012

FETTUCCINE GORENG ALA-ALA BOLOGNESE


Entry tentang air tangan ibu Yusuf dan Maryam..

Selamat pagi Isnin buat semua.. Semoga hari ini adalah hari yang lebih baik dari semalam buat kita semua. 

Ibu Yusuf selalu sangat ketandusan idea untuk update Jemari Asmara. Seperti biasa jalan penyelesaian adalah, cuma snap apa yang di masak, dan tepek di blog. Mohon kawan-kawan yang selalu bertandang, jangan bosan ya dengan entry air tangan yang selalunya tak seberapa.. 

Pagini ibu masak..

v

v

v

v


Fettuccine goreng ala-ala bolognese..

Versi guna apa yang ada di dapur.. Gambar pun nampak suram je, rupa paras asal lebih merah dari yang dari dalam gambar. Gambarni diambil dengan pencahayaan dari lampu dan cahaya dari tingkap.

Rasanya? Biasa-biasa aje.. Tapi jangan tak caya, Maryam dah bertambah-tambah makan. Sampai ibu paksa dia berhenti makan.. Bila ibu pula makan, dia makan lagi yang dalam pinggan ibu..


Versi guna flash..

Walaupun sekadar masakan biasa-biasa, ibu dengan rasa rendah diri nak syer resepinya di Jemari Asmara. Layannnnn..

RESEPI FETTUCCINE ALA-ALA BOLOGNESE

Bahan-bahannya:

1/2 peket fettuccine 
Minyak untuk menumis
2 senduk bawang merah dan putih kisar
2 sudu makan cili giling
1 sudu makan gula
garam secukup rasa
2/3 cawan daging kisar
2 ketul isi ayam dipotong kecil
2 batang sosej dipotong serong
2/3 cawan sos tomato
1/2 cawan susu cair

Cara-caranya:

1. Rebus fettuccine dengan sedikit minyak dan garam. Toskan selepas lembut..

2. Panaskan minyak, tumis bawang dan cili giling sehingga naik bau. Masukkan garam, gula dan kacau sehingga pecah minyak..

3. Masukkan daging, ayam, sosej dan soso tomato. Biarkan sehingga semuanya terutama daging masak dengan sempurna..

4. Masukkan susu cair dan biarkan merenih beberapa minit..

5. Masukkan fettuccine dan gaul hingga rata.. Sedia untuk dihidangkan..

Nota ibu Yusuf:

* Ibu guna fettuccine sebab itu yang ada kat rumah. Boleh juga guna spghetti dan lain-lain..

* Ibu guna stok bawang yang dah blend siap-siap tu.. tak adalah setiap kali nak masak baru kupas dan kisar bawang.. :D

Jom buat kuiz ni!! Klik!!




9 comments:

  1. sedapnya kak zefa... lapar bila tgk ni...

    ReplyDelete
  2. malu apa kak,dh special dh bg sy msk macam nie.hehe..

    ReplyDelete
  3. nyum, saya suka sangat pasta, tak kisah lah masak apapun, mmg tak tolak

    ReplyDelete
  4. Tetap sedap di pandangan mata ummi..

    ReplyDelete
  5. akak dah email add akak ye.. terimakasih ibu maryam..

    ReplyDelete
  6. mesti sedap ni..kalau tak xkn maryam smpai brtmbah brkali2.....

    ReplyDelete
  7. kadang2 yang biasa tu la buat anak2 suka.

    ReplyDelete
  8. Yang penting kena dgn selera suami & anak2.. Kalau Maryam bertambah berkali2 tu mesti sedap..

    ReplyDelete
  9. Suka makan makanan style begini dengan air teh tawar..:)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...