Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, pada saat ini ibu sedang menikmati nikmat MASA LAPANG kurniaan Ilahi. Setelah beberapa hari sibuk terkejar-kejar dan dikejar.
Sebelum itu, jutaan terima kasih buat teman-teman yang prihatin dengan luahan hati ibu pada entry Bila Hati Menangis. Sokongan kata-kata yang buat ibu rasa terharu.. Terasa manisnya ukhuwah fillah yang terbina walau hanya di alam maya. Terima kasih semua..
Tika ini ibu terasa lapang.. Balik dari bertugas tadi hampir jam 4.00 petang, sebelum solat Asar masih sempat lagi mengulit anak dara ibu yang asyik menonton menonton cd Papa I Love U..
Rasa tersentuh dengan keprihatinan kawan-kawan, ibu kongsikan apa yang dah berlaku. Semoga kawan-kawan tidak lagi tertanya-tanya.
Mungkin kedengaran masalah yang biasa, namun faktor kekuatan fizikal dan mental yang tiba-tiba menjadi tidak stabil cukup menjadikan fikiran ibu bercelaru..
Faktor utama adalah keletihan yang melampau..
Khamis, adalah hari bercakap. Bayangkan, ibu menerima 104 orang klien yang tidak semua datang serentak. Kebetulan 2 orang pembantu ibu tiada di pejabat kerana tugasan luar. Beberapa sesi kelompok, beberapa sesi kaunseling individu membuatkan ibu betul-betul keletihan. Bercakap pun penat tau.. Sebab bercakap sambil berfikir.
Tengahari, dapat makluman abah boleh keluar hospital. Adik lelaki ibu suruh ibu ambik abah.. Memandangkan abah tak boleh duduk dan berjalan, ibu perlukan Cik Ayu. Ibu tak boleh ajak ayah sebab siapa nak uruskan anak-anak selepas balik sekolah. Sambil tunggu cayu tu lah ibu buat entry Didi, Dodo, Dada.. Kami gerak ke Tanjung Karang Jam 5.00 petang. Bos ibu izinkan ibu balik awal hari Khamis tu..
Gerak ke Tanjung Karang, kemudian ke Sekinchan, patah balik Tanjung Karang dan terus ke Shah Alam. Terima kasih buat seorang kakitangan lelaki Hospital Tanjung Karang yang membantu kami dari abah turun dari katil sampailah dukung abah masuk kereta. Kami dua beradik tidak lagi termengah-mengah macam di Sungai Buloh dulu.. Kisahnya ibu ada kongsikan dalam entry Wanita Perlu Kuat! Jangan Terlalu Bergantung Pada Lelaki!!
Sampai Shah Alam dah jam 12.00 lebih. Selesaikan urusan keluarga pula dan ibu hanya tidur pada jam 2.30 pagi. Besoknya, jam 5.00 dah bangun..
Di pejabat ibu terus terkejar-kejar dengan macam-macam tugasan. Ibu sedang menyelaras satu program yang dah pun berlangsung pagi tadi. Lebih tertekan bila dikatakan orang ibu pejabat nak datang. Maaf katalah, kalau datang nak pantau tak ada masalah. Tapi kalau datang nak komplen macam-macam memang stress betullah.
Jam 10.00 lebih dengan izin bos ibu dah balik rumah tengok keadaan abah dan mak. Mak baru je selesai tukar pamper abah yang dah 'banjir' kata mak. Kesian mak.. Mak pun tak berapa sihat sebenarnya dan abah agak berat jika dibanding dengan kekuatan fizikal mak..
Sejam di rumah (sempat masak nasi..), ibu berkejar patah balik ke Klang masuk pejabat semula. Menjelang petang, keletihan tak dapat dibendung. Bila fizikal lemah, maka fikiran mula bercelaru dan gundah. Sehinggalah tertulis entry Bila Hati Menangis
Itulah yang terjadi sebenarnya.
Bukan berniat mahu meraih simpati, namun sekadar meluah rasa hati..
Salam sayang buat semua.. :D
bila keletihan n stress hnya airmata mampu menenangkan kita...itulh pengorbanan seorg yg bergelar anak, ibu, isteri dan pekerja..kita perlu kuat utk terus melangkah w.pn kita trkdg kecundang n tewas ditgh jln.....
ReplyDeletepasti byk ganjaran yg diterima..
ReplyDeleteemm memang memenatkan, berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...
ReplyDeletemudahan ibu lebih tabah dalam meniti ujian Allah ini...
Tuntutan bagi wanita berkerjaya, begitulah. Semoga laluinya dengan tenang!
ReplyDeletemenulis menghilangkan stress ;)
ReplyDeletekessabaran di dunia akan terbalas di akhirat kelak..insyaAllah
ReplyDeletememahami. antara tanggungjawab kerja dan tanggungjawab keluarga kena sama-sama piku;. lagi penat bila berulang-alik. memang penat. tapi sabar akan ada ganjarannya. kalau tak, ibu yusuf dan maryam takkan jadik sekuat sekarang ni kan?
ReplyDeleteInilah antara pengorbanan kita yg bergelar anak, isteri, ibu dan pekerja..
ReplyDeleteKekuatan, ketabahan dan kesabaran amat perlu dlm melunaskan semua tanggungjawab..
Harap Zefa terus kuat menghadapai ujian-Nya
klu menulis mengurangkan tekanan, tak salah rasanya..menangis juga boleh mengurangkan stress.setiap org tak lepas dari tekanan, syukur kak zefa dapat tanganinya dengan baik..:)
ReplyDeleteSemoga Ibu Yusuf dapat menangani semua dengan baik..InshaAllah..
ReplyDeleteasalkan stress dapat dikawal, tidak salah untuk meluahkan rasa. yang penting, happy!
ReplyDeleteSemoga Zefa terus tabah hadapi segala ujian dari-NYA....
ReplyDeleteBerkongsi citer sekurang2nya dapat meringankan sedikit bebanan...