Follower

Wednesday, February 22, 2012

HIDUP JANGAN SUSAHKAN ORANG LAIN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Short update lagi.. Cepat-cepat taip sebelum kerja time bermula. Harini pun ibu ada tugasan luar. Ada 'kerja' di sebuah sekolah perempuan..

Ini bukan entry lepas geram (kut-kut ada bunyi macam geram kan?) Ini entry berpesan-pesan..

Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja, ibu lihat ada sesuatu berlaku di Federal Highway menghala ke Kuala Lumpur. Kejadian berlaku sebelum susur ke Pusat Bandaraya Shah Alam. Ibu tak tahu apa yang berlaku, cuma ibu agak kemalangan motorsikal. Agaknya lah, sebab ibu pandang macam tu je..

Kesannya, jem teruk dari lepas tol Sungai Rasau lagi. Laluan kecemasan pun penuh dengan kenderaan..

Masa ibu hampir sampai Klang, ada satu ambulan menghala ke sana dengan laju. Ibu teka, kalau betul tadi kemalangan mesti nak ke tempat tu?

Cuba bayangkan, lepas tol nanti macammana ambulan tu nak sampai temapt kejadian dengan cepat? Sebab, ada pemandu-pemandu bijak yang dah tersangkut dilorong kecemasan. (Hmmm.. Mengeluh ni..)

Cuba bayangkan, kalau mangsa tidak dapat diselamatkan sebab lambat dihantar ke hospital.

Moralnya?

HIDUP JANGAN SUSAHKAN ORANG LAIN!!

Pesanan ibu buat diri sendiri dan semua kawan-kawan, terutama di waktu pagi..

* Waktu pagi semua orang nak cepat, ramai bawa kereta laju (termasuk ibu sendiri) tapi jangan sampai membahayakan diri sendiri dan orang lain.

* Waktu pagi semua orang nak cepat, jangan bawa kereta terhegeh-hegeh terlalu perlahan. Kalau bawa perlahan ke tepi.. Kadang-kadang kemalangan juga boleh berlaku kerana ada yang membawa kenderaan terlalu perlahan..

* Erk.. tak sempat dah nak sambung. Tu je dulu entry berpesan-pesan ibu..

Jumpa lagi..


9 comments:

  1. Betul tu. Jangan pentingkan diri sendiri, semua orang ada urusan masing2, semua orang pun nak cepat, tp apa2 pun biar kita ikut lorong yang betul agar tidak menyusahkan orang lain kan...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih ibu yusuf atas pesanan berhemah ni, tulah kan, kadang2 sakit hati bila ada orang pentingkan diri.

    ReplyDelete
  3. Senario biasa yg boleh dilihat dinegara kita. Walau tidak baik tapi bagaikan ianya dibenarkan...

    ReplyDelete
  4. Bila terjadi kepada mereka2 ini barulah mereka ni nak sedar kot...

    ReplyDelete
  5. kalau kemalangan mesti jem teruk. pemandu kita suka sgt slow kan kereta sbb nk tgk kemalangn tu. dorg xfikit kesan kat belakng.

    ReplyDelete
  6. Setuju dgn Zefa, jgn mementingkan diri sendiri & jgn menyusahkan org lain.
    Lebih parah bila ada yang rasa macam dia sorang je nak hidup kat dunia ni..

    ReplyDelete
  7. Aáh..Kalu difikirkan sebab kelemahan orang lain, org lain pulak jadi mangsa..emm

    ReplyDelete
  8. betul.. jngan susahkan orang lain..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...