Follower

Friday, February 17, 2012

SOHO: ANTARA ANGAN-ANGAN DAN REALITI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Mari kita berangan-angan.. Jujurnya, antara angan-angan ibu Yusuf adalah untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Namun atas keperluan yang mendesak, ibu Yusuf tiada pilihan pada masa ini selain perlu memikul status seorang ibu yang berkerja. Maka impian itu ibu simpan di dalam hati..

Senyap-senyap, ibu Yusuf pasang satu angan-angan baru. Kononnya nak berkerja di rumah. Ada smal office home office (SOHO) sendiri.. Boleh buat 2 dalam 1, berkerja dan mengurus rumahtangga.

Itu angan-angan. Untuk menjadi realiti belum ada usaha pun ke arah itu. Cuma ibu nak kongsikan pengalaman ibu beberapa hari terpaksa berpejabat di rumah. Gara-gara anak sakit, terpaksa bercuti, tetapi kerja pejabat kena siapkan juga. Ibu ada kongsikan dalam entry:


Meja makan di ruang tamu yang menjadi mangsa..

Satu lagi antara angan-angan ibu ialah:

v

v

v


Nak menang cawan ini..

Mohon jasa baik sahabat-sahabat sokong Ibu Yusuf dan Ummi Hanie dengan klik link INI. Terima kasih..


12 comments:

  1. hehe dh tau kak zefa mmg minat sgt ngn cawan ni..nti sy tolong akak like =)

    ReplyDelete
  2. ooo minat cawan2 mcm ni ya?

    yus doakan zefa dapat penuhi impian punya SOHO nanti dan menjadi surirumah sepenuh masa...:)

    ReplyDelete
  3. mudah2an impian kak zefa akan jadi kenyataan nnti...

    ReplyDelete
  4. samalah kak..meja makan selalu jadi mangsa..

    ReplyDelete
  5. Segalanya tak mustahil, kalau ada usaha dan ikhtiar, Insya Allah segala yg dicitakan menjadi nyata

    ReplyDelete
  6. semoga impian akak tercapai. hee.

    ReplyDelete
  7. Akak pun pernah menyemai impian menjadi surirumah sepenuh masa.. Tapi nampak gayanya semaian tu tak tumbuh2..
    Akak doakan zefa dapat penuhi impian punya SOHO suatu hari nanti juga menang GA tu..

    ReplyDelete
  8. samalah kita kak, asalnya nak jadi housewife je :) tapi keadaan skrg ni tak memungkinkan semua tu terjadi.....tapi takpe, inshaAllah hajat tu akan tercapai juga nanti...

    ReplyDelete
  9. mmg itulh hakikat ibu brkerjaya...

    InsyaAllah....n gud luck...

    ReplyDelete
  10. mudah2an impian mnjadi kenyataan.. yg penting ada usaha & perancangan ke arah itu..

    rajin ni promo GA ummi hanie.. ;) gud luck

    ReplyDelete
  11. alhmdllh sy ada SOHO sndiri walaupun taklah hebat mana opisnye pun .. sy mmg xpernah bekerja pun ...

    mudah2an impian ibu yusuf jd kenyataan ye .. impian nk mng set cawan tu hampir nk jadi kenyataan nmpknye ;)

    ReplyDelete
  12. impian yg last tu mmg dh menjadi kenyataan kot..

    semogo impian soho tu berjaya suatu hari nanti..:)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...