Follower

Tuesday, March 20, 2012

SILAP PAKAI BAJU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Petang-petangni, ibu nak cerita sesuatu. Alaaaa, cerita-cerita kosong sahaja. Sambil-sambil fikir nak masak apa, sambil-sambil tangan menaip.

Tadi ibu ke mahkamah, memang hari-hari pergi mahkamah pun. Hari-hari mengadap OKT (orang kena tuduh). Tapi ibu tak pernah pun terfikir tentang bendani, sampai lah ibu bersembang dengan seorang anggota polis wanita berpakaian biasa.

Mula timbul ceritani, bila seorang kakitangan mahkamah pakai baju oren lalu depan kami. Anggota ni kata; "macam pakat je pakai oren. Saya kalau eskot takkan pakai baju oren, nanti sama dengan OKT"..

Huwaaaa.. Terasa you. I pakai baju oren harini.


Gambar lama masa buat lawatan ke rumah klien, tapi inilah baju dan tudung yang ibu pakai harini. Cuma gambar ni warnanya tak berapa menyerlah sangat sebab suasana dalam rumah agak gelap.

Pernah tengok baju lokap?


Haaa.. Macamnilah.. (Google)

Ada juga warna lain. Ungu ada, hijau ada..

Ngeh, ngeh, ngeh.. Memang sama dengan baju OKT. Tu lah, pergi mahkamah patutnya pakai gelap-gelap je, hitam putih ke, awak bantai pakai oren trang tang tang. Kan dah sama..

Moralnya? Pakailah ke mahkamah dengan etika warna yang ditetapkan.

Sekian catatan ibu Yusuf dan Maryam. Jumpa lagi..



12 comments:

  1. AKAK KERJA SBG PENDAKWARAYA YER???
    MSTI MNCABAR SGT2 KAN KERJA TU...

    APA Y MBEZAKAN WARNA SETIAP BJU BANDUAN TU YER... SBB PNAH TGK KALER PURPLE RSANYA...

    ReplyDelete
  2. dia mengusik je tu. Saya takde baju kaler oren.

    ReplyDelete
  3. heheh gituuu... xpun pakai pink2 kaler la nampak ayu je kat mahkamah hehe

    ReplyDelete
  4. Owh... Samalah kalo g SOGO. Jgn pakai kaler merah!

    ReplyDelete
  5. apa beza warna ungu, oren, hijau tu ye kak?

    ReplyDelete
  6. LYAfrina dan Princess Solehah: Setahu akak tak ada kategori. Sama je, warna je.. Akak bukan pendakwaraya, tapi buat syor kepada mahkamah tentang hukuman yg patut utk dijatuhkan perintah.. :D

    ReplyDelete
  7. hehe sabo jer la..pasnie pakai baju gelap2 ye kak zefa.hehe..

    ReplyDelete
  8. nk wat camne, dh gerak hati minta zefa capai baju + tudung warna oren....he.he.he....sabo jelh....

    ReplyDelete
  9. kak zefa... jgn terlepas pakai baju oren lagi tau... hehe...

    ReplyDelete
  10. tak apa. banduan tak pakai baju kurung corak2. kaler pun tak striking kan ibu yusuf?

    ReplyDelete
  11. Lain kali jgn terkena lagi ye, Zefa. heh.. Tapi, kalau nak terkena tu, kadang2 yang mmg dalam pengetahuan pun blh lupa jg..

    ReplyDelete
  12. hehehe... tergelak dengar berita ni... hihihi...ibu maryam suka buat oarng tersenyum..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...