Follower

Monday, June 6, 2011

Bila Blog Dibatu Batakan..

Assalamualaikum wbt..

Sahabat-sahabat pengunjung blog kecil ibu yang dikasihi.. hari ini ibu mula bertugas semula setelah 6 hari bercuti (lagi). Memulakan hari Isnin dengan sedikit lemau gara-gara.. drama swasta anak kecil tak nak ke taska.. dan komputer di pejabat sedikit meragam di awal pagi (mungkin merajuk lama ditinggalkan.. :-)

hehe.. gambar ehsan encik google yang sesuai dengan tajuk di atas..

Hari ini ibu mendapati blogspot telah dibatubatakan (block) oleh pengurusan IT Jabatan di mana ibu bertugas. Sedikit kecewa kerana tidak dapat membuka blog kesayangan ibu, walaubagaimanapun, n3 ini tidak bermaksud untuk membantah atau meluahkan rasa tidak puas hati. Tidak sama sekali..

Ibu pernah membaca, beberapa blogger yang membuat n3 melenting-lenting marahkan pihak pengurusan kerana membatu batakan blogspot.. Katanya, blog bukan laman sosial pun..

Bagi ibu, mesti ada alasan yang kukuh mengapa arahan tersebut dikuatkuasakan. Fikirkan yang positif-positif sahaja..

Ps: Agak-agaklahkan, sebab apa blogspot di block ye? hehe.. Jangan jawab 'lu fikirlah sendiri' tau.. :-)

2 comments:

  1. la,ingatkan batu bata ape td hehehe

    ReplyDelete
  2. Ada sesetengah pejabat langsung FB, dot com, yahoo chat, blog terus diharamkan ketika waktu pejabat..:)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...