Follower

Friday, June 10, 2011

Pantai Rhu Sepuloh, Setiu, Terengganu : Ikan dan Sotong Goreng Tepung.

Assalamualaikum wbt..

Ini adalah cerita tertunda.. Ini alkisah kami balik Terengganu minggu lepas. Kami sekeluarga menerima jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak kepada besan Tok kepada Yusuf dan Maryam (adik ipar Ayah Long) di Jerteh..

Perjalanan pulang, kami singgah di Pantai Rhu Sepuloh, Setiu. Balik kampung yang lepas, kami pun ada ke sini yang ibu kongsikan dalam n3 INI dan INI.

Jika dulu kami beranikan diri main-main air, kali ini hanya memandang dari jauh sahaja. Kebetulan ketika kami sampai cuaca masih panas ketika itu.


 Sempat merakam kenangan.. adik terpejam angin membawa pasir masuk mata katanya..


 Subhanallah.. indahnya..


Menjamu selera.. air 5 gelas, bihon goreng 2 pinggan, keropok lekor 10, ikan goreng tepung 3 ekor, sotong goreng tepung 2 ekor.. semuanya RM50.00..

Ayah sedikit terkejut, tapi ibu dah agak dah.. sah-sah terpampang harga sotong seekor RM18.00.. tapi besar tau.. (masa gambarni diambil sotong tak sampai lagi.. bila dah sampai lupa pula nak snap picnya..)

Selepas makan, anak-anak ajak ke tepi pantai semula. Memandangkan cuaca semakin redup, ayah turutkan.

Tiba-tiba, terjadi insiden yang buat ayah dan ibu nak marah ada, nak gelak pun ada.. tapi biarlah ia menjadi rahsia antara kami.. hehehehehe..

Kami seterusnya meneruskan perjalanan pulang ke Kuala terengganu lebih kurang jam 5.30 petang. Sempat singgah di Batu rakit beli keropok lekor..

Sekian.. sebahagian catatan perjalanan kami..

Wassalam..

4 comments:

  1. memang mahal kan k.zefa..brg2 kat terengganu sekarg mahal..

    abg yusof rupe ibu die sungguh..geng ayahlah tu ;)

    ReplyDelete
  2. Ummu Muhammad: Yusuf geng ayah, tp tetap anak ibu.. hehe..

    ReplyDelete
  3. teliput, btu rakit ke kak? kampung akak ke zauj kak?

    ReplyDelete
  4. Ummu Muhammad: Terengganu kg zauji.. akak org selanjur.. :-)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...