Follower

Monday, June 20, 2011

Sambal Tumbuk Ikan Goreng..

Assalamualaikum wbt..

Malam yang sedikit panas.. kipas ligat berputar namun bahang tetap terasa. Bilalah agaknya ayah nak betulkan aircond di ruang tamu ni.. dah berbulan-bulan rosak. Ibu pula tak rajin nak angkut lappy ni masuk bilik..

Anak-anak sedang melayan astro ceria.. bagi lah can sekejap selepas usai mengaji dan makan malam. sekejap lagi masa untuk mereka tidur.

Ibu sekadar nak kongsi salah satu hidangan makan malam sebentar tadi.. Sambal tumbuk ikan goreng.. subhanallah, sedap sangat-sangat walaupun ianya adalah sekadar resepi 'elak pembaziran'.. hehe..


Inilah hasilnya.. kamera biasa-biasa ibu gagal menzahirkan kelazatannya.. blurr aje.. mari ibu kongsikan resepinya yang sangat-sangat sempoi..

Bahan-bahannya:

3 ekor ikan selayang saiz kecil digoreng dan ambil isinya, apa-apa ikan pun boleh juga (ibu guna ikan goreng semalam yang tak habis je.. elak pembaziran.. hehehe.. errr, kalau nak buat macam ibu pastikan ikan tersebut belum xpired yerrr..)
10 biji cili padi (boleh kurangkan atau lebihkan.. ikut tahap kepedasan masing-masing lah ye..)
1 cm belacan (goreng atau bakar dahulu.. mentah-mentah pun boleh juga.. ikut suka selera masing-masing..)
1 sudu teh gula (ibu tak letak garam sebab ikan goreng dah cukup rasa masinnya..)
1 biji limau nipis (nak guna limau kasturi atau cuka boleh juga, tapi bagi ibu limau nipis lagi ummmp..)

Cara-caranya:

Tumbuk cili, belacan dan gula dengan menggunakan lesung batu.. setelah separa lumat masukkan isi ikan dan tumbuk lagi hingga lumat. Masukkan air perahan limau (pastikan biji limau tidak termasuk sekali) dan gaul rata. Sedia dihidangkan..

Ps: Boleh juga guna dry blender tapi rasanya mungkin tidak sama dengan lesung batu..

Selamat mencuba!!


9 comments:

  1. sedap kan kak? dah lama x buat....terliur la pula tengok gamar tu

    ReplyDelete
  2. confirm sedap........ya biasa buat ikan bilis je...tumbuk gak...

    ReplyDelete
  3. Ummi na: sedappp.. jom buat! hehe, blur je gambar tu.. lampu malap sgt..

    ReplyDelete
  4. Ya: nanti akak nak try buat dgn ikan bilis pulak.. biasa guna ikan je..

    ReplyDelete
  5. macam sedap je...
    boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  6. farah selalu buat dengan ikan biliss..
    oh! nak tryla cara akak ni.

    ReplyDelete
  7. Sedap nyerr..selalu nyer BSB buat cair sikit dan boleh cicah dgn ulam apa2.

    ReplyDelete
  8. anisalya: sila2.. cuba jgn tak cuba.. :-)

    farah: akak pulak rasa nak try guna ikan bilis pas ni.. :-)

    BSB: camner nak bg cair tu. syer sikit caranya.. :-)

    ReplyDelete
  9. menu arwah mak mentua ana ni...elak pembaziran :)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...