Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, hajat ayah nak bawa anak-anak ke Pusat Sains Negara (PSN) tercapai juga. Pagi tadi ibu, ayah, Yusuf, Maryam dan mak ucu (adik bongsu ibu) telah meneroka alam sains di sana.
Pengalaman yang sangat menyeronokkan. InsyaAllah ibu akan kongsikan secara berperingkat, setidak-tidaknya sebagai rakaman catatan perjalanan kami sekeluarga.. hehe, kut-kutla tak ada yang sudi baca. :-(
PSN terletak di Persiaran Bukit Kiara. Boleh tengok panduan lokasi di SINI ye kawan-kawan. Pada sesiapa yang naik kenderaan awam boleh menaiki bas Rapid KL no U83 laluan KL Sentral - Kompleks Kerajaan Jalan Duta.

Kami sampai di sana lebih kurang jam 10.00 pagi. Masa operasi PSN adalah dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Walaubagaimanapun, masa terakhir pelawat boleh masuk ialah pada jam 4.00 petang.
Tiket bagi dewasa adalah RM3.00 seorang dan kanak-kanak 7 tahun ke bawah RM2.00 sahaja. Murah kan?
Gambar kenangan kami sekeluarga sebelum masuk ke dalam. Anak-anak kurang selesa sebab mengadap matahari..
Jom ibu kongsikan jadual aktiviti di PSN!!
Berlatarkan PSN..
Ibu lupa apa nama area ni.. tapi sangat seronok buat anak-anak..

Science Show
Lokasi: Pentas Science Show @ Level 1
Masa: 10.00 am, 12.00 pm dan 3.00 pm
Let's Xperiment
Lokasi: Galeri Laluan Alam Sains @ Level 1
Masa: 9.00 am - 1.00 pm dan 2.30 pm - 4.30 pm
Nature Secrets
Lokasi: Nature Secret's Lab
Masa: 10.00 am - 11.00 am dan 3.00 pm - 4.00 pm
Diving Show
Lokasi: Akuarium Ikan Air Tawar
Masa: 11.30 am (Sabtu & Ahad sahaja)
Subterranean Journey
Lokasi: Science Wonderland
Masa: 10.00 am - 12.00 pm dan 2.30 pm - 4.30 pm
Kami hanya sertai sebahagian aktiviti sahaja. Apapun, semuanya sangat menerujakan dan menyeronokkan! InsyaAllah ibu akan sambung di n3 yang lain.
Sebahagian lagi picas kenangan kami @ Pusat Sains Negara..
Ibu lupa apa nama area ni.. tapi sangat seronok buat anak-anak..
Dua sejoli.. hehe..
Thanks Ucu.. bila bawa Ucu barulah ada picas sekeluarga. Kalau tak mesti sekerat-sekerat aje. mana gambar Ucu? InsyaAllah ada di n3 akan datang..
Ps: Serius, enjoy sangat di sini. Banyak ilmu akan yang diperolehi. Jom ke sana lagi!!
Salam Kak Zefa,
ReplyDeletewah p Pusat Sains..deqlis lama dah tak pergi..last pergi masa zaman sekolah rendah..:)) tu dia....!! lama tui tak g sana..
Wsalam deqlis.. kak zefa pun sama.. dah bertahun2 tak g.. anak2 dah besar baru p..:-)
ReplyDeletemenarik...saya pun tak pernah melawat lagi kesana..:)
ReplyDeleteNieza: memang menarik.. nanti dah balik boleh lah ke sana ye.. :-)
ReplyDeleteBSB pun tak kesempatan lagi nak g sana?
ReplyDeleteBSB: pas baca n3 BSB g sana tp dah ptg tu la mula teringin nak perginya.. :-)
ReplyDelete