Follower

Sunday, June 12, 2011

Pasar Pasir Penambang Kuala Selangor..

Assalamualaikum wbt..

Malam isnin yang dingin dek putaran kipas (aircond di ruang tamu rosak sudah..
:-(  Bersiaran dari Baiti Jannati selepas lebih 24 jam tidak online.. kami balik kampung Sekinchan semalam, bertolak Sabtu tengahari selepas Yusuf habis tuisyen dan bertolak balik ke Shah Alam selepas zuhor tadi..

Dipendekkan cerita, dalam perjalanan pulang kami singgah di Pasar Pasir Penambang Kuala Selangor...


 Inilah rupanya pasar yang selalu disebut kawan-kawan encik suami ku.. kata mereka ikan-ikan di sini segar-segar belaka.. (sebenarnya kawan si isteri ada juga cerita, cuma si isteri tak ambil pusing sebab tugas ke pasar adalah tugas suami.. hehe..) Ini kali pertama kami singgah di sini..


 Tu dia.. si suami dengan seriusnya mula menjalankan tugas.. si isteri tengok sahaja.. mula-mula nak duduk dalam kereta je.. tapi tiba-tiba rasa nak ikut.. hehe.. (memandangkan anak-anak ada yang jaga dalam kereta..)

Encik ayah kata, boleh tahan juga segarnya. tapi tak semua, kena panai pilih.. harga pun okey, murahlah sikit dari pasar malam di Shah Alam..


 Ikan kembung, RM6.50 sekilo.. amboi, terbeliak mata tengok ibu ye.. hehe..


 Ikan cencaru, pun RM6.50 sekilo.. memang fresh. banyak lagi ibu snap picas ikan, tapi 2 je la ibu tepek..


 Ibu suka tengok budakni.. tengok badan dalam umur 8 tahun. Ikan yang en ayah beli dia yang siang tau. Fuhh! bagus tul..


Haaa.. masa jumpa yang ini ibu suka betul! Terus minta en ayah beli.. tapi beli sikit je sebab tak tahu boleh masak apa..

Ps: Tau tak apa namanya tu? Mula-mula ibu tak tau, sekarang dah tau. Bertahun-tahun ibu mengidam bendani tapi tak dapat. Kenapa? Nanti ibu cerita di n3 yang lain okey!

Jumpa lagi!!

6 comments:

  1. kak zefa tengah bace berjemaah dgn suami tadi..die kate harge lebih kurg sini jugak..pasar memang murah2 sket hargekan..

    yang aneh pic last sekali tu..apekah die...?cepat2 entry seterusnyeee.. ;D

    ReplyDelete
  2. Ummu Muhammad: tungguuuuuuuu.. hehe..

    ReplyDelete
  3. yg pic last tu telur ikan mayong kan......hehehehehhehe

    ReplyDelete
  4. Ikan cencaru kalau dibakar dan dibelah tengah + letak sambal... sedapnya!!! (terus jadi lapar ler pula..)

    ReplyDelete
  5. tu telor ikan plotan kan kak zefa?

    ReplyDelete
  6. tu telor ikan plotan ..betul tak kak zefa?

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...