Assalamualaikum wbt..
Sabtu yang indah.. ibu baru selesai bersilat di dapur. Bukan masak hidangan tengahari, tetapi baru selesai 'mengapam'.. hehe..
Minggu lepas kami balik kampung Sekinchan. Mak bawakan dua sikat pisang yang sampai sekarang tak habis-habis.. Pagi tadi selepas jemput Yusuf Nabhan balik tuisyen ibu rasa nak mengerjakan pisang-pisang tu.
Sebenarnya daya kerajinan tersangatlah kurang, tapi sebab kesian dengan pisang-pisang tu, ibu gagahkan jua. Resepi, ibu ambil dari blog Nieza, tapi ibu dah derhakakan lebih 40% atas dasar guna apa yang ada dan dasar kemalasan yang sedang melanda..
Hasilnya sangatlah tidaklah menarik, nak tunjuk pun malu.. tapi alhamdulillah, rasanya sedap dan boleh tahan juga.. hehehe.. (masuk bakul angkat sendiri)..
Alhamdulillah, apam pisang ni lembut je.. tu kat atas tekstur dalamnya.. kamera biasa-biasa ibu gagal menggambarkan kegebuannya.. hehe..
Hehe.. tang ini malu nak tunjuk. Tak comey langsung..
Ps: Bolehke dipanggil apam? Ibu tak kukuspun! Masak dalam mikrowave jerrrr.. hehehe..
Okeylah tu kak...sekurang-kurangnya akak dah cuba yang terbaik, kan? saya ni langsung tak pernah buat apam hehe...
ReplyDeletecantik jugak tu kak zefa...rupe apam yang penting lazat! ;)
ReplyDeleteok lah tu dari orang yang pandai langsung ni, yang penting pinggan tu cantekkkk!! woha..
ReplyDeleteoklah apam tu..rupa belakang kira apa yg penting mkn sodap!..hehe btw tq sudi mencuba:)
ReplyDeleteUmmi Na: lepasni bolehlah cuba ye.. :-)
ReplyDeleteUmmu Muhammad: boleh le nak makan anak beranak.. hehe.. :-)
ReplyDeleteMyza: pinggan tu antara koleksi PML akak.. :-)
ReplyDeleteNieza: terima kasih kongsi resepi.. :-)
ReplyDelete