Follower

Thursday, June 9, 2011

Dia Di Hadapanku: Seorang HIV +ve..

Assalamualaikum wbt..

Ini adalah n3 autopublish tanpa gambar..

Sekadar berkongsi apa yang telah terluah..

Beberapa hari yang lepas.. ibu menerima beberapa klien tanpa temujanji dan dua orang dari mereka memerlukan sesi kaunseling..

Ibu sedaya upaya membantu, kerana ibu bukan seorang kaunselor.. hanyalah seorang pegawai biasa yang diberi ilmu asas untuk melaksaanakan sesi kaunseling..

Klien pertama yang ibu temui, Azfar (bukan nama sebenar) seorang pengidap HIV positif. Azfar merasakan sukar baginya untuk bergaul dengan masyarakat kerana perasaan rendah diri dalam dirinya semakin menebal.. sedangkan tiada siapa yang tahu tentang tubuhnya yang sedang menanggung virus durjana itu.. dalam dirinya sendiri sudah wujud stigma negatif, apatah lagi masayarakat luar.. Azfar memerlukan seseorang untuk mendengar rintihan hatinya..

Ibu hanya mampu memberi kata-kata perangsang dan motivasi kepada Azfar. Derita dan beban yang ditanggung oleh tubuhnya terlalu jauh untuk kita rasai dan jiwai.. namun semoga empati yang cuba dizahirkan dapat meresap dalam jiwa dan pemahamannya lantas terbina satu kekuatan bahawa bukan semua orang membencinya.. Mudah-mudahan!

Maha Suci Tuhan, Allah Yang Maha Besar lagi Bijaksanan yang mengurniakan kepada ibu.. lontaran kata-kata motivasi yang mudah-mudahan mampu mengurangkan resah dan derita seorang 'sahabat'..

Usah dipertikai dosa semalamnya, kerana itu urusan Ilahi. Namun sebagai tanggungjawab sesama insan ibu bersyukur telah menyampaikan 'sesuatu' padanya hari itu.

Sekadar bertanya, sebagai masyarakat umum..mengapa begitu sukar kita membuang stigma negatif terhadap insan seperti Azfar?

2 comments:

  1. sbb sakit dia tu..
    aduh..
    tpi ramai yg takkan thu dia ade gonorrhoea ker syphilis ker,sbb hiv ni kan test pada darah.
    kdg2 bukan salah pesakit tu pun..
    klu dia ade buat silap pun,maafkanlah...
    tak semua org sempurna.

    ReplyDelete
  2. Zefa,selain dr check darah macamana nak tahu yg seseorg tue HIV.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...