Follower

Thursday, June 9, 2011

Dia Di Hadapanku: Seorang wanita Tanpa Tempurung Kepala..

Assalamualaikum wbt..

Malam yang hening, ibu nak kongsi satu kisah seperti tajuk di atas. Realiti, dia tanpa tempurung kepala! Baca betul-betul, bukan tempurung kelapa!

Hari ini ibu ada tugasan di salah sebuah Mahkamah Majistret di Negeri Selangor. Gigih ibu mendaki bukit kecil itu gara-gara parking di atas dah pun penuh. (Ada kosong sebenarnya, tapi ramai yang tak pandai parking hingga menyusahkan orang lain.. lupa nak snap pic). Berpeluh-peluh, sampai juga ibu di atas..

Sementara menunggu majistret muncul, ibu sempat berbual-bual dengan seorang wanita India yang ada urusan peribadi di mahkamah tersebut. Sembang punya sembang, maka ibu mendapat tahu bahawa dia adalah..

v

v

v

v

v


Sita Dewi Batumalai yang hidup tanpa tempurung kepala akibat kemalangan di kilang dia berkerja. Kejadian berlaku dalam tahun 1992.. Pic ini ibu snap ari Majalah Mastika tahun 1999 yang dia simpan di dalam tas tangannya..

Ibu ingat sangat, ibu pernah baca cerita ini.. cuma tak ingat bila. Dah lama sangat-sangat, sebab dah lama sangat-sangat juga ibu tak baca majalahni.

Memandang dirinya, kita tak akan sangka keadaannya. Sewaktu ibu menemuinya dia memakai skaf berwarna hitam dengan rambut terurai dibelakang. hakikatnya, ada 'derita' di sebalik skaf yang dipakai. Ibu ada ambil gambarnya tadi, namun tidak pula ibu meminta izin untuk dipaparkan..

Keadaannya sekarang tidak banyak berubah.. tidak mampu berkerja dan hanya mengharapkan suami utuk menampung hidupnya dan anak-anak seramai 5 orang.

Belum berkesempatan meneroka kisah hidupnya yang terkini, tuntutan kerja ibu telah mendesak ibu untuk meninggalkannya.. InsyaAllah, jika ada peluang ibu berhajat untuk menemuinya lagi. Sekiranya ada cerita terkini, ibu akan kongsikan lagi.. (rasa macam wartawan la pula.. hehe..)

Jumpa lagi!!

Wassalam..

2 comments:

  1. saye pun penah bace cerite pasal aunty ni kat dalam mustika...

    ReplyDelete
  2. Cik atin: kak zefa dah tgk secara langsung.. kesian tgk dia..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...