Assalamualaikum wbt..
Malam ni ibu nak kongsikan satu pic.. ori dari kamera biasa-biasa ibu..
v
v
v
v
Hmmm.. memang tiada rumah di sini. Hanya pokok-pokok getah.. Tapi ada sebiji peti surat. Buat ibu tertanya-tanya siapa pemiliknya?
Bermula kisah, ibu merancang untuk melaksanakan satu kem. Ala-ala kem motivasi gitu.. khusus untuk pelajar-pelajar sekolah menengah. Dah namapun kem kan, maka tempatnya harusssssssssss mencabar. Hehe.. mencabarke?
Hasil maklumat yang diterima dari seorang teman, ibu meredah 'hutan belantara'.. (ladang getah dan kelapa sawit je sebenarnya) mengintai lokasi kem yang sesuai.
Maaf.. Lokasi kem ibu tidak dapat sebutkan di sini sehinggalah kem berlangsung dan selesai.
Perjalanan sedikit mencabar kerana laluan yang perlu diredah seharusnya dilalui dengan kenderaan pacuan 4 roda. Tapi ibu dengan rela (rela dalam terpaksa.. hehe..) redah jua dengan viva elite kesayangan ibu. Apapun, ibu sanggup lakukan demi melihat program yang ibu rancang berjalan lancar.
Ibu bawa 3 orang body guard utuk langkah-langkah keselamatan. Tempatni tidaklah jauh sangat, tapi agak jauh masuk ke dalam..
Jom layan picas.. tapi picas yang ibu dapat ambik nampak tak berapa mencabar la pulak..
Laluan yang becak dan berlumpur.. baru lepas hujan..
Jalan tanah merah.. habis calar balar siputih kesayangan ibu dek pelepah kelapa sawit.. ada sekali tu bawah kereta ibu tersagat di jalan..
Sebahagian suasana kem.. dan 3 body guard ibu.. hehe.. staf kat opis ibu ler..
Selut yang berjaya sampai di Shah Alam.. calar balar jangan ceritalah.. huhuhu..
Ps: Doakan program ibu sukses ya..
Pss: terus tertanya-tanya, milik siapakah peti surat itu??
ye la kak,saper punya ek.. akak try g dekat2 ke? dah la baca mlm2 buta entry akak ni,seram plak izan huhu.. akak ada tnya saper2 ke? hmm
ReplyDeletekalo zura pun akan tertanya2 seperti akk, he3 misteri nusantara tu
ReplyDelete