Follower

Friday, February 3, 2012

BERTEMU KEKASIH LAMA..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Beberapa hari yang lepas, masa ibu selongkar almari cari filem gambar kahwin.. Ibu jumpa diari ibu masa zaman belajar dulu. Alaaa.. diari masa zaman remaja.

Sempat juga belek-belek, selak-selak, dan baca sekali lalu.. Ngeh, ngeh, ngeh.. senyum-senyum kambing dibuatnya. Upss.. Jangan salah sangka, tak ada kaitan dengan tajuk di atas. Ibu dulu masa belajar tak ada kekasih tau. Ayah Yusuf tu lah kekasih pertama ibu Yusuf, tu pun jumpa selepas habis belajar..

Serius, ibu dulu belajar tak ada kekasih ye. Orang nak tu adalah, tak adalah ibu Yusuf ni tak laku langsung.. Kah kah kah.. Perasan pulak bunyinya. Bukan apa, dulu prinsip ibu Yusuf adalah tak mahu bercintan cintun masa belajar..

Wah.. Intro dah lari tajuk. Full stop!! Kita balik pada tajuk di atas..

Sahabat ibu bercerita tentang kawannya masa belajar dulu yang ada masalah rumahtangga. Masalah semakin buruk dan rumit bila kawannya tu bertemu semula dengan kekasih lama juga masa belajar dulu. Bila dah bertemu, bibit-bibit cinta lama bertaut semula. Hingga nekad nak minta cerai dari suami. Aduh, duh!! Ini bukan nak mengumpat ya, cuma marilah kita berpesan-pesan di sebalik sebuah cerita.

Ibu teringat semula, kenangan menjawat jawatan di Unit Perundangan Keluarga, sebuah pejabat agama beberapa tahun dulu. Setiap hari berhadapan dengan bermacam-macam isu dan masalah rumahtangga. Cerita dalam kain, luar kain, pun hari-hari ibu dengar.

Malah, hampir kebanyakan yang datang dah bawa keputusan nak berpisah.. Bila dipanggil untuk sesi rundingcara, dah tak ada ruang untuk pembimbing bersuara. Masing-masing nak menegakkan kebenaran sendiri. Yang saling 'lepuk melepuk' depan pembimbing pun ada.. Maka berpeluanglah ibu Yusuf menyaksikan drama realiti..

Rata-rata kebanyakan masalah bermula dengan masalah dalaman pasangan, iaitu tiada persefahaman. Masing-masing ego dengan fahaman masing-masing. Tiada yang mahu mengaku kalah. Sepatutnya, bincang elok-elok dari hati kehati. Di mana silap kita yang tidak disukai pasangan, juga sebaliknya. Saling mengalah dan bertoleransi. Tutup buku lama, buka buku baru..

Jangan keruhkan keadaan dengan masalah luaran. Contohnya, menceritakan masalah pada pihak ke tiga yang bukan sepatutnya. Berlainan jantina pula tu.. Lain pula ceritanya nanti, samalah ceritanya macam kawan-kawan kepada ibu tadi.

Mula-mula masalah, kemudian jumpa kekasih lama, kemudian minta cerai..Cerai adalah satu perkara yang halal, namun paling dimurkai oleh Allah swt.. 

Semoga kita tabah andai diberi dugaan, kerana tiada hidup yang tidak diuji. Semoga kita mampu berfikiran waras dan matang dalam menyelesaikan masalah.


Semoga kita semua dijauhkan dari musibah sedemikian rupa. Semoga kita semua dikurniakan kebahagiaan berpanjangan hingga ke syurga sana.. Amin ya rabbal 'alamin..

 Sekadar gambar hiasan.. :D




12 comments:

  1. betul kak zefa...ramai org yg salah tempat utk mencurah masalah. sudahnya jadilah masalah sedia ada bertambah rumit...

    sedih bila mengenangkan kisah benar dlm keluarga sendiri, si suami kawen diam2 dgn bekas kekasih pertamanya senyap2 di negara jiran. tak mampu tgk bila isteri pertamanya hanya mampu pasrah saja dgn apa yg berlaku.

    ReplyDelete
  2. Juga nk lari tajuk. Papa adam pun first love mama. Tapi, kami couple masa belajar lg....

    ReplyDelete
  3. Assalam Zefa..betul zefa..bila dah kawin..tutup semua cerita lama..mulakan yang baru..bajai dengan kasih sayang..
    acik pun tak pernah bercinta masa belajar..tak berani maa tu
    bila dah bekerja pulak..belum sempat dah kena pinang..
    alhamdulillah..nak masuk tahun ke 30 acik berumahtangga.

    ReplyDelete
  4. Memang ramai yg meluahkan masalah pd tempat yg salah. sudahnya masalah lama belum selesai, timbul cerita lain pulak..
    Bagi akak beralih arah kpd bekas kekasih tu bukan menyelesaikan mslh tapi lari dari masalah.. bak kata Zefa, bincang dulu hati ke hati dan ketepikan ego.

    ReplyDelete
  5. betul tue...tidak sefahaman susah sikit nak dok satu bumbung...hehehe

    ReplyDelete
  6. akak sokong kata2 Norsalmi tu.. xde masalah yang x boleh di selesaikan..

    ReplyDelete
  7. aduiii kak zefa ni memang pendengar setia agknye..sabar mesti lebih nak berhadapn hal2 mcm ni

    ReplyDelete
  8. sy pun tk pernah bercinta masa sekolah..tp masa belajarlah bercinta dengan en suami.my 1st love gak.hehe..

    klu sudah jodoh kita, jgn dipandang pada yg lain.suami itulah kekasih terakhir biarpun bukan yg pertama.kekasih lama tu mungkin mendetik hati tp kita kena kawal perasaan.

    setuju dengan kak zefa,jgn meluah perasaan pada tmpt yg salah.hal rumahtangga seeloknya bincang dr hati ke hati,

    jgn libatkan org luar wpun mak bapak sendiri, kecuali keadaan memaksa..org luar bukan penyelesaian kepada masalah tp membawa kepada bencana..:)

    ReplyDelete
  9. Nida pun banyak pengalaman jumpa insan seperti yg Zefa ceritakan. Sebenarnya bila bercerita dengan pasangan yg berlainan jantina, sikap prihatin yang ditunjukkan boleh menyebabkab pasangan mudah 'cair'.. apa-apapun kita perlu belajar menerima kelemahan pasangan, itu yg seeloknya...

    ReplyDelete
  10. harap dijauhkan dan semoga sentiasa dilindungiNYA.

    ReplyDelete
  11. sy pun tak pernah bercinta masa zaman belajar..minat kat org ade la..hehe
    kenal suami masa dekat ngan exam final sem final year...

    ReplyDelete
  12. trkdg rakan karib boleh jadi musuh dlm selimut kita..sbb tu kita perlu brhati2 bila bercerita trutama ttg masalah rumahtangga...yg pplg pnting, kita mengadu kpd Allah..mohon prtolongan dariNya....

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...