Follower

Thursday, August 4, 2011

Catatan 3 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum wbt..

Diari Ramadhan Ibu Yusuf dan Maryam lagi.. Catatan 3 Ramadhan 1432H.. Terima kasih pada sahabat yang sudi singgah membaca, tapi jangan boring ye.. asyik cerita tentang tak sihat aje.. :-(


Semangat Terawih Yang Membara

Alhamdulillah, selepas tewas malam semalam.. malam ini ibu bangit dengan semangat yang membara. Si kecil Maryam Nabihah sudah pasti akan turut serta. Malam ini ibu bekalkan 2 botol air, sebuah buku mewarna dan sekotak pensil warna.

Anakanda Yusuf seperti biasa pasti 'membontoti' ayah ke masjid. Hikmah berumah di tepi masjid, alunan bacaan Yusuf di dalam solatnya seperti alunan imam di masjid.. walaupun dia solat bersendirian.. (err, memanglah sebab bila solat dengan ayah, ayah yang baca kuat.. :-)

ibu curi-curi intai ke bahagian lelaki.. Hmm, ada kalanya anak bertuah ibu itu duduk bersantai di serambi masjid. Berapa rakaat sajalah dia sertai solat sunat terawih agaknya. Apapun, ibu tetap bersyukur, anak ibu menunjukkan ciri-ciri cintakan masjid. Dan belum lagi sampai ke telinga ibu suaranya menyertai kanak-kanak yang cukup 'meriah' di masjid itu..

Seperti biasa kami menamatkan sunat terawih kami pada rakaat yang ke 8. Keinginan untuk lebih tetap ada, namun ada faktor-faktor lain yang perlu diambil kira. Kerja sekolah harus dibereskan, matapelajaran harus diulangkaji dan ibu sendiri ada tugasan-tugasan rumah yang perlu diselesaikan..


Permata hati ayah ibu sebelum ke masjid bertarawikh malam ke 3 Ramadhan 1432H


Cuti Rehat.. (lagi)..

Ramadhan ke 3, ibu cuti rehat lagi. Bangun dari tidur (yang tak lena pun), tubuh terasa sangat letih dan penat dek goncangan batuk dasyat yang menarik seluruh otot dan sendi. Ibu gagahkan juga bangun siapkan hidangan bersahur dan gosok baju sekolah anak-anak. Selesai semua, ibu 'fengsan' semula..

Jam 10.00 ibu gagahkan diri hantar Maryam Nabihah ke Taska.. biarlah dia bersiap untuk ke sekolah di taska. Bukan apa, takut timbul rasa tak nak sekolah kalau duduk di rumah dengan ibu..


Semangat Puasa Abang Yusuf

Anakanda soleh ibu bangun sahur tanpa masalah. Tapi seperti biasa perlu dengar dahulu panggilan si ayah berkali-kali untuk membangunkan anak terunanya.

Sebelah petang ada lagi drama air mata. Isu yang sama, tak tahan dahaga. Ayah pujuk si anak bertuah dengan ajak main game bola. :D


Ibu 'Bertukar' @ Buka Puasa

Kesal!! Namun terlajak perahu boleh diundur, terlajak tangan.. memang kenalah. Ibu tak malu mengaku, satu kelemahan ibu adalah mengawal emosi.. bila fizikal sakit, emosi turut sakit. Semalam ada sedikit acara 'aneka ragam' dari anak bertuah prempuan ibu.. apapun ibu tetap bersabar. Hinggalah tertumpahnya secawan air di atas meja makan. Haaa.. kan dah kena babab! Maafkan ibu sayang.. :-(

Apapun, syukur atas ujian sakit ini. Ibu rasa 'big momma' dah susut sedikit.. :D

Sekian catatan ibu.



******************

Ps: Ramadhan kalini, ibu belum berkesempatan nak masak sendiri untuk juadah berbuka. Kawan-kawan sempat tak?

7 comments:

  1. salam ramadhan almubarak sis..=)

    ReplyDelete
  2. kak zefa suke bace catatan ramadhanb..boleh jadi panduan kami yg anak2 kecik bile dah besar..lebih bersedia melalui pengalamn senior..

    tq 4 d sharing! ;)

    ReplyDelete
  3. BSB hari2 beli tak sempat nak masak. Sampai rumah dah pukul 7.00 sempat masak air jer lerrr..

    ReplyDelete
  4. syida pn blm sempat masak, biasa la mggu pertama excited dgn bazar, hehe...

    ReplyDelete
  5. hmm, bagusnye lah yusof dan maryam nih
    kite time budak2 dulu pun sama juga time buka mesti kene cepuk ngan ayah, sebab beraneka ragam juga.. hehhe

    kite sempat masak lauk yang simple2 saja, bolehlah kalau nak layan tekak sendiri..

    semoga kak zefa kuat walaupun dugaan sakit datang menimpa..

    ReplyDelete
  6. betul tu kak.. bila emosi sakit, secara auto fizikal juga akan turut terlibat..bulan Ramadhan banyak sabar dengan karenah ank ye kak..

    ReplyDelete
  7. hehe kadang2 ragam anak memang buat kita tak mampubersabar..biasalah tu kak, sylg dasyat klu marahkan anak.hehe..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...