Follower

Saturday, October 29, 2011

Wanita Perlu Kuat! Jangan terlalu bergantung Pada Lelaki!


Ini adalah n3 motivasi.. Dari wanita kepada wanita..

Petang Sabtu yang mendung.. sedikit sejuk dan damai. Ibu Yusuf dan Maryam melepaskan lelahnya smbil menarikan Jemari Asmaranya di atas papan kekunci. Ibu baru sampai dari kampung, berdua sahaja bersama Maryam, tanpa ayah dan abang Yusuf.
Kenapa? Semalam petang abah dibenarkan keluar dari Hospital Sungai Buloh. Sedangkan tengahari tu belum ada jawapan samada abah boleh keluar atau tidak. Mak baru saja balik kampung (balik sekejap tengok rumah). Satu-satunya adik lelaki ibu pula dalam perjalanan ke Ipoh untuk hadiri satu mesyuarat.

Makanya? Ini adalah tanggungjawab ibu.. Ibu hanya ada 5 beradik. Hanya 3 orang yang sudah berkenderaan. Tetapi kakak biasanya bergantung pada suami untuk perjalanan jauh. (N3 ini tidak berkait secara langsung dengan dia.. ini adalah perkongsian untuk kita bersama.. wanita untuk wanita..)

Selepas balik kerja semalam, ibu gigih masak untuk anak-anak. Selepas masak, mandi, solat ibu berehat sebentar. Sakit kepala menyerang.. tapi mengenangkan tanggungjawab sebagai seorang anak, ibu gagahkan juga. Selepas isyak ibu gerak ke Hospital ambil abah dan terus balik kampung.

Kenapa tak ajak sekali en ayah? Owh.. tak muat kereta. Abah berbadan besar dan ada Cik Ayu bersama untuk membantu. Lagipun besoknya (harini) Yusuf dijadualkan ada kelas Mental Arithmetik. Kami perlu bahagi tanggungjawab.. sebagai anak dan sebagai ibubapa.

Kenapa bawa Maryam? Tak susahke nak urus bapa yang sakit dan bawa anak? Owh.. sangat-sangat susah. Lagi-lagi abah tak boleh jalan. Tapi hati ibu tak sampai hati nak tinggalkan dia, sebab dia menangis nak ikut. Ibu sahut cabaran; Ibu Yusuf dan Maryam Yang Hebat. Ibu boleh, jika kata boleh!! (Bayangkan dua orang anak perempuan masukkan abah mereka yang tak boleh jalan dalam kereta tanpa bantuan lelaki..)

Alhamdulillah, ibu tinggalkan kampung dengan senang hati. Pagi tadi dah bawa abah ke klinik untuk cuci. Besok ibu akan balik kampung lagi membawa tanggungjawab seorang anak. (Terima kasih Cik Ayu yang menjadi 'misi' perbadi untuk abah sehingga besok)

Kenapa nak ulang alik. Kenapa tak duduk kampung je sampai besok? Owh.. ibu adalah seorang anak. Tapi ibu juga adalah seorang ibu dan isteri. Tanggungjawab di rumah sendiri juga perlu diberesi. (Terima kasih ayah, ibu balik tadi ayah dah basuk baju dan kasut sekolah anak)

Okey, itu sahaja cerita ibu.. :D

Mungkin itu adalah sekadar satu cerita peribadi. Tapi membawa mesej;
 Wanita Perlu Kuat! Jangan terlalu bergantung Pada Lelaki!
Walaupun en ayah yang ibu kenal tidak pernah sekali melepas tangan, namun ibu mahu berusaha segigihnya menjadi seorang isteri yang berdikari. Jangan terlalu bergantung harap pada suami. Jangan manja-manja sangat..

Ps: Kisah benar; seorang wanita, 'patah kaki' selepas ditinggal teman hidup selama-lamanya kerana semasa hayat suaminya terlalu 'melindunginya' dan wanita itu terlalu bergantung pada suaminya. Renung-renungkan..

7 comments:

  1. tak dinafikan sy nie pun terlalu bergantung dekat en suami..

    bkn sebab sy nak dimanjakan,tp sy yg selalu dimanjakan..hehe..

    Tapi insyaallah akan cuba menjadi seperti ibu yusuf dan maryam yang hebat..:)

    ReplyDelete
  2. Puan Kutu: Go Pk go! PK boleh!

    Ps: 'Hebat' tu utk upkan motivasi diri yg kdg2 down. Tp bila org lain yg sebut, malu pula rasanya.. :D

    ReplyDelete
  3. ibu yusuf dan maryam mmg kuat smgt. husben suka saya bergantung pd dia tapi dia selalu pesan pd sy yg mana sy ni lbh kuat dan mampu survive kalau dia tak de berbanding dia... mungkin tak secekal sy. itu kata dia.

    ReplyDelete
  4. dulu ibu muhammad lone ranger..sekaran ayah ikat kaki kehkeh..

    setuju sgt dgn akak..kene berdiri diatas kaki sndiri walau pun puan..

    p/s: syabas kak zefa..bace pun dah rase penat..berat mte membace berat lagi bahu pikul..mudah2an ade ganjaran terhebat disisi Allah ;D

    ReplyDelete
  5. herm, terkedu sebentar baca kisah ni huhu. Kak zefa mmg kuat!!

    * saya juga tergolong antara org yang terlalu bergantung kepada suami hehe...

    ReplyDelete
  6. Tahniah Zefa atas kekuatan intrinsik yang dibina..:)

    Nida ni kalau ada suami terus jadi tak kuat.. tp kalau takde boleh pulak jadi kuat.. hehe

    ReplyDelete
  7. smoge naura bkal jadi sperti ibu yusuf dn maryam yg hebat satu hari nnti .. insyaALLAH ... jauh perancangan .. hehehhee

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...