Catatan perjalanan ibu Yusuf..
Alhamdulillah atas nikmat iman dan jasad yang masih bernyawa kurniaan Ilahi. Belumpun kebah letih bermusafir ke Johor dan Melaka, kami menempuh lagi satu perjalanan yang panjang ke Timur tanahair. Kemana lagi jika bukan Kuala Terengganu, destinasi wajib kami. Tanah tumpah darah ayah Yusuf dan Maryam.
Kami bertolak jam 7.30 malam semalam dan selamat tiba pada jam 7.30 pagi tadi. Perjalanan menjadi lebih panjang, lantaran beberapa kali ayah Yusuf berhenti melelapkan mata. Memang sangat letih, seharian bertugas tanpa rehat dan malamnya menempuh perjalanan yang panjang. Semuani gara-gara mahu mengejar cuti percuma 3 hari..
Jarak yang jauh, tenaga yang banyak, dan ringgit yang dikelurkan tak perlu dipertikai. Yang penting terlaksana kewajiban seorang anak menziarahi kedua ibu bapanya.. Betul tak?
Setakat ini dulu, nanti-nanti ibu update lagi.
Set Bunga Kangkung untuk dilepaskan. Berminat? Sila ke SINI ya. Tq.
sama je mcm husben sy. kalau sy offer nak drive mmg dia tak bg. tak reti jg anak la apa la... biar la dia penat srg xpe.
ReplyDeleteTeringin juga nak beli set PML ni. Nantilah bila Nida dah berkerjaya semula.
ReplyDeleteDulu tak berapa minat.. tapi asyik duk layan blog Zefa ni jadi minat pula pada PML, mengimbas nostalgia zaman kanak-kanak gitu..:)