Follower

Saturday, December 17, 2011

Pusing-Pusing & Makan-Makan @ Johor Bahru..


Catatan perjalanan Ibu Yusuf sekeluarga ke Johor Bahru..

Perjalanan kami ke Johor Bahru sememangnya tidak dirancang dengan teliti. Ayah suarakan hasrat untuk bawa anak-anak ke JB dan ibu hanya mampu memberi jawapan YA pada hari yang sama ayah mahu bertolak. Itupun setelah ibu siapkan semua tugasan dan berjaya mencari pegawai pengganti untuk tender kes ke mahkamah. Sangat stress ibu sebelum dapat mebuat keputusan. Ayah rancang bertolak jam 6.00 petang dan ibu hanya memberi jawapan pada jam 12.00 tengahari. Antara jadi dan tak jadi je sebenarnya percutian 2 in 1 kami ni. Bercuti sambil kerja bagi ayah..

Ini juga adalah percutian main redah bagi kami sekeluarga. Kami memang zero tentang jalan di JB dan tanpa bantuan GPS. Kami pertama ayah ke JB dulu dengan menaiki kapal terbang..

Akhirnya kami masuk kereta, duduk, dan cuci mata sambil ayah meredah bandar JB hanya berpandukan papan tanda. Ibu kata jadilah, setidak-tidaknya ibu dapat juga tengok bandar JB tu macammana. Haha.. Ayat sedapkan hati sendiri tu.

Dalam berpusing-pusing terpusing tu kami sampai juga di Danga Bay. Betullah kata Puan Kutu, tak ada apa pun. Tapi sekurang-kurangnya, sampailah juga kami di Danga Bay tu kan? Ayat sedapkan hati lagiii.. Hihi..

Secara umumnya ibu puas hati walau hanya pusing-pusing dalam kereta. Nampaklah juga hospitalnya di mana, tahu dah zoo Johor di mana, bangunan kerajaan yang gah tu (ibu tak tahu nama dia), ada juga nampak bangunan macam Istana (pun ibu tak tahu nama dia), kemudian ada satu dataran tu (pun dah tak ingat namanya sebab baca papan tanda seimbas lalu) dan boleh dikatakan ayah jelajah lah bandar JB tu. Almaklum, sesat larat jadi sampailah juga walau ke ceruk-ceruk pasar segala. Huhuhu..

Petang Khamis tu, penat berpusing-pusing terpusing kami ambik keputusan balik hotel je. Anak-anak pun dah sebok nak ajak mandi kolam lagi. Kami singgah makan di Nasi Lemak Simple.. Sebelah je dengan New York Hotel..


Nasi lemak dia ok. Sedap.. Macam-macam pilihan lauk ada. Ayam goreng, ikan goreng, telur goreng, paru goreng, sambal udang, rendang.. Macam-macamlah..

Sebelah malam, aktiviti yang sama lagi. Tak tahu ke mana. Berpusing-pusing lagi.. Akhirnya kami ke Johor Bahru City Square. Ayah kata, setakat pergi tempat macamni kat KL dan Shah alam pun ada.. Hahaha..


 Tiba-tiba anak ibu jadi model JB City square.. Hahaha..


 Zoom sikit..


Ibu suka pic ni.. Cumel.. :D


 Singgah Bata.. sandal ayah tercabut.. Tak pasal-pasal ibu pun sama terjebak beli kasut baru. Maryam pun sama.. Yusuf yang sangat baik, dia minta kasut bola.. ayah kata tak payah, maka dia ok saje. Kalau Maryam? Harus menangis.. Hmmm, macam-macam ragam.


Dapat mainan sorang satu..

Selesai jalan-jalan di JB City Square kami terus balik hotel. Anak-anak kata kenyang dan tak mahu makan. Maka tak tercapailah hasrat ibu nak makan di restoran Banafe. Ummi Mawar kata tu restoren Betty Banafe. Balik hotel, main-main kejap kemudian semua orang zzzzz. Ayah je keluar semula, nak minum katanya.

Besok pagi makan di hotel sahaja..

 Penuh atas meja..


Yangni ibu punya..

Seterusnya tak ada cerita dah tentang jalan-jalan. Sepagi kami hanya memerap di hotel sementara ayah keluar dengan urusan kerjanya. Selesai tugasan ayah, petang tu juga kami dah tinggalkan JB sebenarnya. Menuju destinasi yang damai.. Ayah kurang suka bercuti di bandaraya.

Ke mana kami? Tunggu n3 seterusnya. Jumpa lagi.. :D


8 comments:

  1. heheh memang le jb takde ape2 kak zefa..

    p/s: pegi singapore kah? heheh

    ReplyDelete
  2. seronoknya dia jalan2 ke JB hihi. Lain kali kalau kami balik Shah Alam, nak singgah rumah k.zefa lah pula....boleh ke?

    ReplyDelete
  3. danga bay tu klumlm meriah sikit.klu siang mmg takde menda kak..apa pun dptlah pusing2 jb kan..

    ReplyDelete
  4. Terasa nak makan nasi lemak pulak.. hehe.. nampak macam sedap je.. dah lama dok jb pun tak tahu kat mana Nasi Lemak Simple

    ReplyDelete
  5. bdk2 nie kalu dpt keluar dr umah pun dah cukup dari memerap kat umah je-ini kata2 ank sy la..huhu sbb jrg nak bjln..

    ReplyDelete
  6. Lihat gambar-gambat ni rasa rindu pula meerpa di hati... Teringat bonda di Johor..huhu

    ReplyDelete
  7. Mummy tak pernah bercuti ke johor..kursus pun jarang dihantar ke sana.. Looks very enjoy :)

    ReplyDelete
  8. Salam puan.

    Cubalah mee bandung bp pula

    Teh Laris Kafe 21 Jalan Snuker 13/28, Seksyen 13, Tadisma Business park . Setiap hari kecuali Ahad. 8am to 7pm

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...