Follower

Tuesday, December 6, 2011

Si Merah Jambu


Assalamualaikum wbt..

Akhirnya, di kala malam sedang mengulit bumi ibu dapat menarikan jemari ini. Seharian bergelumang dengan tugasan.. bermula dengan mesyuarat pagi, selesai mesyuarat mengumpulkan pula pegawai-pegawai untuk taklimat program, berkejar pula ke mahkamah untuk 3 pertuduhan, tak sempat rehat tengahari memecut pula ke Petaling Jaya untuk mesyuarat perancangan strategik hingga petang. Meredah pula kesesakan Federal Highway. Sampai rumah.. ibu rasa nak pengsan. 

Terima kasih ayah yang sangat memahami. Harini ayah ke pasar.. Biasanya ayah akan beli saja dan ibu yang akan basuh lauk pauk mentah dan simpan dalam peti sejuk. Tapi harini ayah selesaikan semua.. :D

Alhamdulillah, malam ni selesai sudah hutang n3 tertangguh pagi tadi, sekarang buat n3 baru dan insyaAllah BW slow-slow rumah kawan-kawan selepas ini.

Harini, Jemari Asmara menerima kunjungan dari Zura pemilik....

v

v

v



Si Merah Jambu ni baby lagi.. Follower baru 5 orang.. Catatan baru ada 6.. Apapun, tahniah buat Zura yang berjaya mengorak langkah ke hadapan. Bak kata Zura dalam n3 pertamanya..

hari ni permulaan catatan berblog..kate org kena peka dgn teknologi semasa..sume maklumat dihujung jari..

 Zura ni ibu dah kenal sejak dia kecik lagi. Kami sama sekolah dari sekolah rendah cuma dia lagi muda dari ibu. Kemudian kami sama-sama pernah kerja di Pejabat Agama Daerah Petaling lama dulu sebelum ibu berhijrah ke jabatan sekarang.. Anak-anak dia comel-comel sangat. Yang lelaki tu mengingatkan ibu pada seseorang.. Sesungguhnya sahabat ibu ini seorang wanita yang tabah.

Maka, jom kawan-kawan kita support Zura @ Si Merah Jambu. Mari kita follow dia ramai-ramai!!

*****************


6 comments:

  1. Dunia blog ini mendekatkan kita pada seseorang... yg jauh menjadi dekat...sekarang semua perkara di hujung jari..:)

    ReplyDelete
  2. thanks kak..sudi promote kan blog kite..baru nak belajar2..hihi. mmg Tabah ke?.. xctually kite kena redha dan pasrah dgn ketentuan-Nya..btl x kak?

    ReplyDelete
  3. Tambah lagi sorang teman blogger ya Zefa...

    ok nanti yus ke sana..:)

    ReplyDelete
  4. mummy follow dia, dia follow mummy.hehehe

    ReplyDelete
  5. bestnya,kawan lama yer..sy tak jumpa lg kawan lama yg ada blog.kihkih..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...