Yok Jalan-Jalan Cari Makan.!!
Harini ibu rasa nak buat entry tentang sebuah kedai makan di Sungai Gulang-Gulang, GG Bistro Seafood namanya. Terletak betul-betul tepi jalan di antara Tanjung Karang dan Kuala Selangor.
Berpuluh-puluh kami lalu laluan ini, kedai ni selalu menarik perhatian kami. Nampak dari jauh macam best dan okey. Tapi sebelumni kami tak pernah makan di sini, sebab bila singgah sentiasa ramai orang. Maaflah, ibu ni bab tempat makan kadang-kadang cerewet juga. Tapi kadang-kadang aje tau.. Selalunye ibu tak berapa cerewet. Err.. ye ke?
Malam tadi, dalam perjalanan balik Shah Alam kami singgah. Orang ramai juga, tapi tak adalah ramai sangat. Suasana yang okey-okey sahaja..
Mari ibu tayang gambar sambil-sambil cerita. Tapi kualiti gambar sangatlah tak okey, kamera ibu ni hanya okey di suasana terang. Kalau malap, macamnilah rupanya. Kalau on flash, lain pula jadinya.
Ini signboard kedaini. Slogan dia; kalau sedap bagi tahu kawan, kalau tak sedap bagi tahu kami..
Gambar di ambil dari tempat ibu duduk, mengadap jalan raya..
Air yang kami order.. Bolehlah, tak ada yang tak sedap. Tapi belum sampai tahap 'nak bagi tahu pada kawan'.
Hmm.. Belum usik apa-apa ya. Apa pandangan anda tentang kuantitinya? Ayah Yusuf yang tak banyak cakap makan tanpa sebarang komplen. Ibu tengok 5 suap dah habis.
Ibu? Hmm.. yang ini penegak hak pelanggan. Tapi ibu cakap elok-elok la, sopan santun je ibu tanya tau. Ibu tanya adik tu, tak rasa ke nasi ni sikit sangat. Adik tu sengih dan bagi nasi lebih sikit. Tapi ibu tak adalah ngap seorang, ibu bagi sikit kat ayah tau. Terima kasih kepada adik pelayan yang prihatin dengan teguran pelanggan.
Sup ekor. SANGAT SEEDAP!! Yang ni memang ibu nak bagi tahu pada kawan-kawan.. Cuma agak berminyak dan sikit jer.. Hehe.. Tapi serius, sedap.
Nasi ibu. Percaya tak, ibu dan ayah makan sepinggan nasi hanya dengan kuah, sepotong ekor lembu dan sambal belacan. Sebab? Kangkung belacan dan telur dadar yang kami order tak sampai-sampai. Ekor tu pun hanya ada 3 ketul; ibu 1, ayah 1, Maryam 1.
Tak ada dalam gambar; Yusuf makan nasi putih dengan tomyam sotong. Cik Ayu dan Maryam kongsi kuetiaw sup. Rasanya okeylah, boleh lah.
Secara keseluruhannya, bolehlah. Tak ada yang tak sedap, cuma bagi ibu biasa-biasa aje masakannya. Layanan yang baik dari stafnya dan tak adalah lambat sangat walaupun bukan dengan kadar pantas. Bolehlah kalau kawan-kawan lalu dan singgah, cuma untuk datang dari jauh semata-mata nak datang kedaini tidak dicadangkan.
Akhir kata, cadangan buat tuan punya kedai ni..
Err.. apa kata letak alas meja. .
Ps: Semua yang tercatat adalah dari pandangan peribadi ibu Yusuf. Mungkin bagi ibu biasa-biasa, tapi mungkin pelanggan lain kata sedap. Sup ekor tu ibu kata sedap, mungkin pelanggan lain kata biasa-biasa.
Ps: Semua yang tercatat adalah dari pandangan peribadi ibu Yusuf. Mungkin bagi ibu biasa-biasa, tapi mungkin pelanggan lain kata sedap. Sup ekor tu ibu kata sedap, mungkin pelanggan lain kata biasa-biasa.
Kesimpulannya: Lain orang lain citarasa..
selera masing2 kannnn...
ReplyDeletemak ai dogolnya meja makan takde alas.hehe..sy klu tak sedap pd tekak sy mmg sy kata tak sedap..tp sy rasa sy tak cerewet.eh ye ker?hehe..
ReplyDeletekalau tak kasi tau memang tak tahu itu meja makan. Ingatkan lantai simen :-)
ReplyDeleteYa Allah... cipunya nasi tu... Cepatlah tauke tu naik haji.
ReplyDeleteKadang2 sedih melihat orang yang nak berniaga tapi sekadar melepas batuk di tangga... kalau beginilah gayanya memang cepatlah pelanggan lari
okay... nasi tu mmg sikit. setakat sy mkn kat kdai2 mcm ni, dia bagi nasi dalam bekas senang kalau kita nak tambah ke apa ke.
ReplyDeleteBestnyer ekor lembu tu..yumyum, buat mummy terliur
ReplyDelete